BANTUAN STR 2025 BUJANG : (FASA 3) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN STR 2025 BUJANG : (FASA 3) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Dalam Belanjawan 2025, kerajaan meneruskan komitmen membantu rakyat melalui Bantuan Tunai Rahmah (STR) termasuk untuk kategori bujang. Buat anda yang bujang dan berpendapatan rendah, bantuan STR 2025 mungkin dapat memberi sedikit kelegaan dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.

Nak tahu layak atau tidak, bila duit masuk, dan berapa jumlah yang akan diterima? Teruskan baca panduan lengkap semakan ini.

BACA JUGA: CARA MOHON BANTUAN BUJANG MYKASIH

SYARAT KELAYAKAN STR BUJANG

Terdapat beberapa syarat dalam memastikan penerima bantuan adalah benar-benar layak. Antara syarat yang perlu dipenuhi ialah:

  • Bujang.
  • Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak.
  • Berumur 21-59 tahun.
  • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
  • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
  • Pendapatan RM2,500 ke bawah.

Nota Tambahan: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

JUMLAH BAYARAN STR BUJANG

Jumlah bayaran tunai bantuan STR yang akan diterima oleh kategori bujang seperti butiran berikut:

KATEGORI BUJANGJUMLAH BANTUAN
21 – 59 Tahun atau;
OKU 19 Tahun Ke Atas
(Pendapatan Bulanan Bawah RM2,500)
RM600

TARIKH BAYARAN BANTUAN STR

Penerima bantuan semestinya ternanti-nanti tarikh bayaran bantuan STR Fasa 3 kali ini. Tarikh bayaran dijangka akan mula disalurkan bermula pada akhir JULAI 2025 sehingga awal OGOS 2025 berdasarkan sejarah pembayaran yang lalu. Berikut disertakan jadual sebagai gambaran yang lebih jelas:

FASA BANTUANTARIKH BANTUAN
FASA 122-28 JANUARI
FASA 224 MAC
FASA 3OGOS
FASA 4NOVEMBER

PENAFIAN: Tarikh rasmi akan dikemaskini mengikut dari pengumuman rasmi kerajaan.

CARA BAYARAN BANTUAN STR 2025

Ada 2 cara yang fleksibel telah disediakan oleh pihak kerajaan dalam memastikan pembayaran bantuan STR berjalan lancar. Berikut adalah cara bayaran bantuan mengikut jenis penerima yang terlibat:

  1. PENERIMA AKAUN BANK
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
  2. PENERIMA TIADA AKAUN BANK
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

SEMAKAN STATUS BANTUAN STR BUJANG

Penerima bantuan boleh membuat semakan secara atas talian sahaja. Berikut disertakan portal rasmi dan panduan lengkap membuat semakan bantuan STR:

1. SEMAKAN MELALUI PORTAL RASMI STR.

  1. Buka laman rasmi STR di:

    https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

  2. Pada halaman Utama portal tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini.

  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.

  4. Tekan pada butang [Log Masuk].

  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].

  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, tekan [Ya] sekiranya betul.

  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.

  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.

  9. Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].

  10. Klik pada butang [Semakan 2025].

  11. Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.

  12. Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].

  13. Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.

2. SEMAKAN MELALUI PORTAL RASMI MYKASIH

  1. Layari portal MyKasih: https://mykasih.com.my/
  2. Klik pada [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa tanda (-).
  4. Dan tekan [Semakan Status].
  5. Maklumat terkini penerima akan dipaparkan.

RUJUKAN

Panduan bagi Bantuan STR 2025 BUJANG ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment