BANTUAN SARA DALAM MYKAD 2025 – SEMAKAN STATUS
Bantuan SARA MyKasih 2025 disediakan untuk memastikan rakyat, khususnya golongan B40 dan M40, dapat membeli barangan asas dengan lebih mudah. Kredit bantuan dimasukkan terus ke dalam MyKad tanpa perlu tunai, menjadikan ia lebih praktikal. Langkah ini selari dengan hasrat kerajaan untuk memastikan bantuan benar-benar dimanfaatkan bagi keperluan harian rakyat.
Penerima boleh membuat semakan status bantuan SARA dalam MyKad bagi mengetahui baki dan jumlah bantuan yang diterima. Baca selanjutnya untuk maklumat lengkap.
BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD
APA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA?
B40 dan M40 yang layak boleh menerima Bantuan SARA, tertakluk kepada syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Bantuan ini merangkumi kategori isi rumah, warga emas dan bujang. Berikut adalah penjelasannya:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan bulanan bawah RM5000.
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
BILA TARIKH BAYARAN SARA DIKREDITKAN DALAM MYKAD?
Tarikh pengkreditan bayaran bagi Bantuan SARA ditetapkan mengikut kategori penerima yang layak, dan butirannya boleh dilihat seperti berikut:
- Penerima B40 (STR & eKasih):
- Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
- Penerima M40 (STR sahaja):
- Bermula April hingga Disember 2025
BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA YANG DISALURKAN?
Bantuan SARA menyalurkan jumlah bantuan berbeza mengikut kelayakan penerima. Golongan B40 menerima antara RM600 hingga RM2100, manakala golongan M40 menerima antara RM450 hingga RM900. Bantuan ini akan dikreditkan secara terus ke MyKad penerima, seperti yang diringkaskan dalam jadual berikut:
- PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
ISI RUMAH | RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) |
WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) |
BUJANG | RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
- PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
ISI RUMAH | RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) |
WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) |
BUJANG | Tidak Layak |
*BANTUAN TAMBAHAN RM100 SARA ONE-OFF
- Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua individu dewasa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori.
- Tiada permohonan diperlukan.
- Tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
- Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak di IPT (RM100).
- Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
- Semakan status bantuan tambahan SARA boleh dibuat menggunakan aplikasi MyKasih melalui pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus dan laman rasmi SARA https://sara.gov.my bermula 21 Ogos 2025.
- Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.

BAGAIMANA CARA GUNA BANTUAN SARA DALAM MYKAD UNTUK PEMBELIAN?
Cara guna bantuan SARA untuk membuat pembelian menggunakan MyKad, pertama sekali penerima perlu memlilih barangan yang diluluskan. Kemudian, tunjuk MyKad di kaunter bayaran untuk pengesahan dan tukar nombor pin baru. Seterusnya, imbas kod barangan, buat bayaran dan simpan resit pembelian untuk rujukan. Penerima bantuan SARA boleh merujuk panduan ringkas di bawah bagi memahami cara menggunakan bantuan tanpa tunai yang telah dikreditkan dalam MyKad:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

BANTUAN SARA DALAM MYKAD SEMAKAN STATUS
Semakan status bantuan SARA dalam MyKad kini boleh dilakukan secara online. Penerima hanya perlu mengakses laman rasmi Portal STR https://bantuantunai.hasil.gov.my atau Portal MyKasih https://mykasih.com.my. Jika ada pertanyaan atau masalah, boleh terus hubungi hotline STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800. Berikut ialah langkah semakan penuh:
BANTUAN SARA DALAM MYKAD SEMAKAN MELALUI PORTAL STR
- Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan Nombor MyKad
- Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tekan “Semak”.
- Jawab Soalan Keselamatan
- Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
- Paparan Maklumat Permohonan
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Status permohonan STR
- Kelayakan bantuan
- Status SARA MyKasih (jika layak)
- Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
- Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.

BANTUAN SARA DALAM MYKAD SEMAKAN MELALUI LAMAN RASMI
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus seperti butiran berikut:
- Semak status kelayakan
- Tarikh program bermula & berakhir
- Semak baki bantuan

PANDANGAN & REAKSI RAKYAT
Seorang ibu tunggal yang bekerja sambilan berasa terbantu:
“Setiap kali gaji lambat masuk, bantuan bulanan inilah penyelamat keluarga saya.”
Tetapi seorang kakitangan kontrak pula berkongsi:
“Kadang bila nak guna, sistem tergendala. Rasa kecewa sebab terpaksa tinggalkan barang.”
SOALAN LAZIM (FAQ)
Beras, minyak masak, gula, tepung, susu, telur, mee segera, makanan asas kering, serta barangan dapur harian.
Tidak boleh, ia hanya untuk pembelian barangan asas rumah.
Ya, tetapi senarai kedai barangan asas terpilih bergantung kepada negeri masing-masing.
Perlu buat MyKad baru di JPN dan maklumkan kepada pihak berkenaan untuk pindahkan bantuan.
Ya, biasanya pada awal bulan bila bantuan baru dimasukkan, kedai akan lebih sesak.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Bantuan SARA Dalam MyKad ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]