PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN PELAJAR IPT SARAWAK FASA 1 2026 : SEMAK PANDUAN PERMOHONAN BARU

PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN PELAJAR IPT SARAWAK FASA 1 2026 : SEMAK PANDUAN PERMOHONAN BARU

Berita baik buat pelajar IPT anak Sarawak! Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Sarawak Fasa 1 2026 kini dibuka bagi memberi sokongan kewangan kepada pelajar yang sedang melanjutkan pengajian. Inisiatif ini merupakan salah satu usaha berterusan kerajaan negeri dalam memastikan akses pendidikan tinggi lebih inklusif dan tidak terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Bagi yang belum memohon, ini adalah peluang penting yang tidak patut dilepaskan. Pastikan anda memahami panduan permohonan dengan betul agar proses berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

BACA JUGA: BANTUAN KHAS KEWANGAN (BKK) IPT SARAWAK

APA ITU BANTUAN PENDIDIKAN PELAJAR IPT SARAWAK?

Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Sarawak ialah inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak melalui Yayasan Sarawak bagi membantu pelajar IPT anak Sarawak dari segi kewangan dan keperluan pembelajaran.

Yayasan Sarawak, yang ditubuhkan pada 27 Mei 1971, berperanan menyediakan biasiswa, pinjaman serta pelbagai bentuk bantuan kewangan kepada rakyat Sarawak.

Antara bantuan yang ditawarkan termasuk komputer riba percuma, baucar buku dan bantuan kewangan khas untuk meringankan beban pelajar, khususnya daripada golongan B40 dan M40.

APA ITU BANTUAN PENDIDIKAN PELAJAR IPT SARAWAK

BILA TARIKH BANTUAN PELAJAR IPT SARAWAK FASA 1 DIBUKA?

Permohonan baharu bagi Bantuan Pelajar IPT Sarawak Fasa 1 dibuka seperti butiran berikut:

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN PELAJAR IPT SARAWAK
Bermula 31 Mac 2026 hingga 30 April 2026

BANTUAN PENDIDIKAN PELAJAR IPT SARAWAK DISEDIAKAN

  1. Bantuan Komputer Riba Percuma
    • Diberikan kepada pelajar tahun pertama Diploma dan Ijazah Sarjana Muda daripada keluarga B40/M40. Menyasarkan 10,000 pelajar dengan peruntukan RM30 juta termasuk baucar buku.
  2. Bantuan Baucar Buku
    • Baucar bernilai RM500 melalui S Pay Global untuk pembelian bahan pembelajaran, khas untuk pelajar dari peringkat Asasi hingga PhD pertama.
  3. Bantuan Kewangan Khas
    • Bantuan sebanyak RM1,200 setahun (dibayar dua kali setiap semester) untuk pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda pertama.

APA SYARAT BANTUAN PENDIDIKAN IPT SARAWAK 2026?

Antara syarat-syarat Bantuan Pelajar IPT Sarawak adalah:

  • Status Pelajar
    • Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan anak Sarawak (salah seorang ibu atau bapa adalah orang Sarawak mempunyai kad pengenalan status “K”).
  • Mod Pengajian
    • Pengajian sepenuh masa sahaja.
  • Peringkat Pengajian
    • Pemohon mestilah pelajar tahun pertama sahaja di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda pertama untuk Bantuan Laptop Percuma.
    • Pemohon mestilah pelajar Asasi sehingga PhD pertama bagi Bantuan Baucar Buku.
    • Pemohon mestilah pelajar Diploma & Ijazah Sarjana Muda Pertama Bagi Bantuan Kewangan Khas.
  • Status Institusi
    • IPTA & IPTS seluruh Malaysia sahaja diiktiraf atau dibawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.
  • Status Pendapatan
    • Pendapatan perkapita keluarga RM1,500.00 dan kebawah untuk Bantuan Komputer Riba Percuma & Bantuan Baucar Buku.
APA SYARAT BANTUAN PENDIDIKAN IPT SARAWAK 2026

PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN PELAJAR IPT SARAWAK

Berikut adalah langkah lengkap cara permohonan bantuan:

  1. Daftar akaun Sarawak Pass dan e-wallet S PAY Global.
  2. Layari portal My Yayasan: https://myys.yayasansarawak.org.my/⁠
  3. Log masuk menggunakan Sarawak Pass.
  4. Isi maklumat dan muat naik dokumen.
  5. Pilih bantuan yang layak.
  6. Semak status permohonan di portal My Yayasan.

DOKUMEN DIPERLUKAN

  • Surat tawaran pengajian
  • Slip gaji / pencen ibu bapa
  • Surat pengesahan pendapatan [jika tiada slip gaji, disahkan oleh Ketua Masyarakat Ketua Kaum (KMKK)]

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah bantuan ini dibuka setiap tahun?

Ya, bantuan ini biasanya ditawarkan secara berkala mengikut peruntukan tahunan kerajaan negeri.

Bolehkah pelajar yang baru mendapat tawaran IPT terus memohon?

Boleh, selagi telah mendaftar dan memenuhi syarat asas yang ditetapkan.

Berapa lama tempoh kelulusan permohonan biasanya mengambil masa?

Tempoh kelulusan bergantung kepada proses semakan dan jumlah permohonan yang diterima.

Bolehkah pelajar memohon semula jika pernah gagal sebelum ini?

Boleh, dengan memastikan maklumat dikemas kini dan lengkap.

Adakah bantuan ini melibatkan sebarang temuduga?

Kebiasaannya tidak, tetapi tertakluk kepada perubahan dasar semasa.

Bagaimana jika terdapat kesilapan maklumat dalam permohonan?

Pemohon perlu membuat pembetulan secepat mungkin melalui sistem yang disediakan.

Bagaimana untuk mengetahui jika permohonan berjaya?

Keputusan biasanya dimaklumkan melalui emel, SMS atau portal rasmi.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Sarawak ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment