SARA 2025 SEMAKAN ONLINE STATUS BAYARAN
Penerima bantuan SARA 2025 boleh membuat semakan status bayaran secara online untuk mengetahui jumlah bantuan yang telah dikreditkan ke dalam MyKad. Semakan ini penting supaya penerima dapat merancang perbelanjaan bulanan dengan lebih teratur.
Semak info lanjut di bawah untuk maklumat terkini.
BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD
APA SYARAT KELAYAKAN SARA 2025?
Program bantuan SARA 2025 menyasarkan penerima daripada golongan B40 dan M40, dengan syarat kelayakan tertentu yang mesti dipenuhi. Bantuan ini melibatkan kategori isi rumah, warga emas serta bujang. Perinciannya adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan bulanan bawah RM5000.
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
BILA TARIKH BAYARAN BANTUAN DIKREDITKAN?
Tarikh pengkreditan bayaran SARA 2025 ditetapkan pada awal bulan, mengikut kategori penerima layak sama ada B40 atau M40. Butirannya adalah seperti berikut:
- Penerima B40 (STR & eKasih):
- Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
- Penerima M40 (STR sahaja):
- Bermula April hingga Disember 2025
BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA YANG DISALURKAN?
Jumlah bantuan berbeza mengikut kategori penerima akan disalurkan oleh program SARA MyKasih 2025 ini. Golongan B40 layak menerima antara RM600 hingga RM2100, manakala golongan M40 menerima antara RM450 hingga RM900. Bantuan ini disalurkan terus ke MyKad masing-masing. Perinciannya adalah seperti dalam jadual di bawah:
- PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
ISI RUMAH | RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) |
WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) |
BUJANG | RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
- PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
ISI RUMAH | RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) |
WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) |
BUJANG | Tidak Layak |
*BANTUAN TAMBAHAN RM100 SARA ONE-OFF
- Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua individu dewasa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori.
- Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
- Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.

BAGAIMANA CARA GUNA SARA 2025 UNTUK PEMBELIAN?
Untuk membeli barangan SARA, penerima hanya perlu pilih barangan yang diluluskan, tunjuk MyKad untuk pengesahan di kaunter, kemudian buat bayaran seperti biasa. Semak panduan lengkap di bawah tentang cara guna SARA 2025 untuk pembelian barangan asas yang diluluskan:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

SARA 2025 SEMAKAN ONLINE STATUS
Semakan status bayaran bantuan SARA 2025 kini boleh dilakukan secara online sahaja. Penerima hanya perlu mengakses laman rasmi Portal STR https://bantuantunai.hasil.gov.my atau Laman Rasmi SARA https://sara.gov.my. Jika ada pertanyaan atau masalah, boleh terus hubungi hotline STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800. Berikut ialah langkah semakan penuh:
SARA 2025 SEMAKAN MELALUI PORTAL STR
- Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan Nombor MyKad
- Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tekan “Semak”.
- Jawab Soalan Keselamatan
- Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
- Paparan Maklumat Permohonan
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Status permohonan STR
- Kelayakan bantuan
- Status SARA MyKasih (jika layak)
- Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
- Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.

SARA 2025 SEMAKAN MELALUI LAMAN RASMI
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus seperti butiran berikut:
- Semak status kelayakan
- Tarikh program bermula & berakhir
- Semak baki bantuan

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA 2025
Boleh digunakan di lebih 7300 kedai dan pasar raya terpilih seluruh Malaysia.
Hanya barangan asas seperti beras, minyak, roti, susu, telur, dan keperluan dapur lain.
Mudah, selamat & memudahkan penyaluran bantuan.
Biasanya kedai akan lebih sesak pada awal bulan bila bantuan baru dimasukkan.
Boleh, penerima boleh campur bayar guna tunai atau e-wallet.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi SARA 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]