BANTUAN STR BUJANG 2025 : (FASA 3) SEMAK STATUS KELAYAKAN TERKINI PENERIMA
Golongan bujang berpendapatan rendah terus menerima perhatian menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 bagi tahun 2025. Bantuan ini disalurkan sebagai inisiatif kerajaan untuk meringankan beban kewangan rakyat, khususnya golongan bujang yang layak. Dalam Fasa 3 ini, pembayaran dibuat mengikut jadual yang ditetapkan, lengkap dengan semakan kelayakan dan jumlah bantuan yang diberikan.
Ikuti panduan lanjut dibawah untuk semakan terkini bantuan STR kategori bujang 2025.
BACA JUGA : CHECK STATUS STR: (FASA 3 2025) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR 2025
Kerajaan telah menetapkan beberapa syarat kelayakan untuk menerima bantuan STR 2025. Syarat ini ditetapkan mengikut kategori pemohon termasuk bujang. Kelayakan asas adalah seperti berikut:
| KATEGORI PEMOHON | SYARAT KELAYAKAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | – Kahwin atau; – Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak. – Pendapatan RM5,000 dan ke bawah. |
| WARGA EMAS (TIADA PASANGAN) | – Bujang atau; – Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak. – Berumur 60 tahun ke atas. – Pendapatan RM5,000 ke bawah. |
| BUJANG | – Bujang atau; – Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak. – Berumur 21-59 tahun. – Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas. – Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa. – Pendapatan RM2,500 ke bawah. |
Nota : Kepada pelajar yang dalam pengajian sepenuh masa di IPTA/IPTS adalah tidak layak untuk membuat permohonan bagi kategori Bujang atau mana-mana kategori.
JUMLAH BANTUAN STR BUJANG 2025
| PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| BUJANG BELIA | RM600 |
| BUJANG WARGA EMAS | RM600 |
| BUJANG KURANG UPAYA (OKU) | RM600 |
CARA SEMAK BANTUAN STR BUJANG 2025
Bagi pemohon yang ingin menyemak status terkini sama ada layak atau tidak, semakan boleh dibuat melalui beberapa laman rasmi yang di sediakan. Berikut merupakan langkah untuk semakan:
SEMAKAN MELALUI LAMAN RASMI STR

- Buka laman rasmi STR di: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman Utama portal tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, tekan [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
- Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Proses semakan selesai.
SEMAKAN MELALUI PORTAL MYKASIH

- Layari portal MyKasih: https://mykasih.com.my/.
- Klik pada [Semak Kelayakan].
- Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa tanda (-).
- Dan tekan [Semakan Status].
- Maklumat terkini penerima akan dipaparkan.
TALIAN HOTLINE
Selain itu, jika anda mengalami kesulitan untuk mendapatkan akses internet untuk semakan secara online anda juga boleh menghubungi terus di:
- Hotline BKK: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
- MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
CARA BANTUAN STR 2025 DISALURKAN
Terdapat dua kaedah penyaluran bantuan bagi STR 2025, dimana bayaran ini boleh diterima terus kedalam akaun bank individu atau secara tunai di cawangan BSN berdekatan kawasan anda.
| JENIS PENERIMA | CARA BAYARAN |
|---|---|
| PENERIMA AKAUN BANK | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan |
| PENERIMA TIADA AKAUN BANK | Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran |
TARIKH BAYARAN BANTUAN STR 2025
Bayaran bagi bantuan STR 2025 deberikan secara berperingkat melalui empat (4) fasa sepanjang tahun 2025. Bagi Fasa 2 dan Fasa 1, bayaran telah berjaya dikreditkan kepada penerima. Tarikh bayaran mengikut fasa adalah seperti dibawah:
- FASA 1: 22-28 JANUARI
- FASA 2: 24 MAC
- FASA 3: OGOS
- FASA 4: NOVEMBER
Penafian : Tarikh bayaran bagi fasa 3 akan dikemaskini jika berlaku perubahan mengikut pengumuman rasmi dari kerajaan. Tarikh yang diberikan adalah berdasarkan sejarah bayaran pada tahun lepas. Rujuk : Portal rasmi bantuantunai.hasil.gov.my – Soalan_Lazim_(FAQ)
RUJUKAN
Panduan bagi Bantuan STR Bujang 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Email : [email protected]