TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2025 – SEMAKAN ONLINE

TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2025 – SEMAKAN ONLINE

Pembayaran STR Fasa 3 bagi tahun 2025 kini menjadi tumpuan ramai penerima yang menantikan bantuan kewangan daripada kerajaan. Bantuan ini merupakan inisiatif di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diteruskan dalam Belanjawan 2025 bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat terutamanya golongan B40 dan M40. Menerusi Belanjawan 2025, kerajaan menekankan keutamaan terhadap kebajikan rakyat dengan meningkatkan peruntukan bantuan tunai secara langsung.

Nak tahu bila tarikh bayaran STR Fasa 3 2025? Ikuti artikel ini yang menyediakan kupasan info lengkap di bawah.

BACA JUGA: SEMAKAN ONLINE BANTUAN TUNAI STR 2025

SYARAT KELAYAKAN STR 2025

Untuk memastikan bantuan disalurkan kepada yang memerlukan, terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi mengikut kategori pemohon. Antaranya ialah:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

Nota Tambahan: Individu bujang yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah & tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

JUMLAH BAYARAN STR 2025

Setiap penerima akan mendapat jumlah bantuan berbeza mengikut kategori mereka. Lihat jadual di bawah untuk butiran lengkap bantuan yang layak diterima:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN BAWAH RM2500)
TANGGUNGANJUMLAH BAYARAN
TIADA ANAKRM1000
1-2 ANAKRM1500
3-4 ANAKRM2000
5 ANAK KE ATASRM2500
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
TANGGUNGANJUMLAH BAYARAN
TIADA ANAKRM500
1-2 ANAKRM750
3-4 ANAKRM1000
5 ANAK KE ATASRM1250
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN
PENDAPATAN BULANANJUMLAH BAYARAN
BAWAH RM5000RM600
  • BUJANG
PENDAPATAN BULANANJUMLAH BAYARAN
BAWAH RM2500RM600

CARA BAYARAN STR 2025

Pembayaran Bantuan STR dilaksanakan melalui dua cara utama, disesuaikan mengikut jenis penerima seperti berikut:

  • PENERIMA AKAUN BANK
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
  • PENERIMA TIADA AKAUN
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

SEMAKAN BAYARAN STR FASA 3

Kelayakan untuk Bantuan STR boleh disemak secara online. Di bawah ini disediakan langkah terperinci untuk membuat semakan melalui portal rasmi kerajaan yang berkaitan:

SEMAKAN BAYARAN STR FASA 3

SEMAKAN MELALUI PORTAL MYSTR

  1. Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my

  2. Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.

  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.

  4. Tekan pada butang [Log Masuk].

    Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].

  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.

    Tekan [Ya] sekiranya betul.

  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.

    Bahagian profil anda akan dipaparkan.

  7. Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].

  8. Klik pada butang [Semakan 2025].

    Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.

  9. Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].

  10. Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.

TARIKH BAYARAN STR FASA 3

Bantuan STR dilaksanakan secara berperingkat melibatkan empat fasa utama. Penerima kini menunggu pengesahan rasmi daripada pihak kerajaan mengenai tarikh pembayaran bagi Fasa 3. Lihat jadual berikut untuk maklumat lengkap:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 122-28 JANUARI
FASA 224 MAC
FASA 3OGOS
FASA 4NOVEMBER

Penafian: Tarikh bayaran akan dikemas kini sebaik sahaja diumumkan secara rasmi oleh pihak kerajaan. Untuk rujukan, pembayaran Fasa 3 pada tahun 2024 dibuat sekitar akhir Ogos hingga awal September – Sumber: bantuantunai.hasil (FAQ).

RUJUKAN

Panduan bagi Tarikh Bayaran STR Fasa 3 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment