SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025 : (FASA 3) SEMAKAN ONLINE STATUS
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 diteruskan lagi pada Fasa 3 sebagai sebahagian daripada komitmen kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana menghadapi tekanan kos sara hidup. Bantuan ini merupakan inisiatif utama di bawah Belanjawan 2025 yang berfokus kepada kesejahteraan rakyat dan meringankan beban perbelanjaan harian. Dalam Fasa 3 ini, bayaran akan diteruskan kepada penerima yang layak mengikut kategori isi rumah, bujang dan warga emas. Bagi memudahkan urusan orang ramai, semakan status STR boleh dilakukan secara atas talian.
Bagaimanakah cara membuat semakan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah ini? Ikuti segala info lengkap yang telah disediakan di bawah.
BACA JUGA: SEMAK CARA LOGIN ONLINE STR 2025
SYARAT KELAYAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2025
Hanya penerima yang memenuhi syarat tertentu sahaja layak menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah ini. Berikut adalah antara syarat tersebut:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah..
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Nota Tambahan: Individu bujang yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah & tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
JUMLAH BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Penerima bantuan akan menerima jumlah yang berbeza mengikut kategori kelayakan semasa membuat permohonan. Jadual di bawah menunjukkan kategori penerima yang layak dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN BAWAH RM2500)
| TANGGUNGAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| TIADA ANAK | RM1000 |
| 1-2 ANAK | RM1500 |
| 3-4 ANAK | RM2000 |
| 5 ANAK KE ATAS | RM2500 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| TANGGUNGAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| TIADA ANAK | RM500 |
| 1-2 ANAK | RM750 |
| 3-4 ANAK | RM1000 |
| 5 ANAK KE ATAS | RM1250 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN
| PENDAPATAN BULANAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| BAWAH RM5000 | RM600 |
- BUJANG
| PENDAPATAN BULANAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| BAWAH RM2500 | RM600 |
CARA BAYARAN BANTUAN STR
Bantuan ini akan disalurkan melalui 2 cara yang mudah bagi melancarkan proses pembayaran bergantung kepada jenis penerima seperti butiran berikut:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
TARIKH STR 2025 FASA 3
Bantuan akan disalurkan secara berperingkat yang melibatkan 4 fasa keseluruhannya. Penerima bantuan pastinya sedang menantikan pengumuman rasmi kerajaan bagi tarikh bantuan STR Fasa 3. Berikut adalah jadual tentang fasa bantuan & tarikh bayaran:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | 22-28 JANUARI |
| FASA 2 | 24 MAC |
| FASA 3 | OGOS |
| FASA 4 | NOVEMBER |
Penafian: Tarikh akan dikemaskini mengikut pengumuman rasmi kerajaan. Berdasarkan rekod tahun 2024, bayaran bagi fasa 3 dibuat pada akhir Ogos dan awal September – Rujuk: bantuantunai.hasil (FAQ)
SEMAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025
Semakan bagi kelayakan Bantuan Sumbangan Tunai boleh dibuat melalui atas talian. Berikut disertakan panduan lebih terperinci untuk membuat semakan melalui portal rasmi yang disediakan oleh kerajaan:

SEMAKAN STATUS MELALUI PORTAL STR
- Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Tekan pada butang [Log Masuk].
Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
Tekan [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pada butang [Semakan 2025].
Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
- Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
RUJUKAN
Panduan bagi Sumbangan Tunai Rahmah 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Laman Web Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]