SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA MYKASIH 2025 – SEMAKAN ONLINE STATUS

SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA MYKASIH 2025 – SEMAKAN ONLINE STATUS

Program Sumbangan Asas Rahmah SARA MyKasih 2025 merupakan salah satu inisiatif penting kerajaan bagi membantu golongan B40 mendapatkan keperluan asas harian secara bulanan. Bantuan ini disalurkan melalui platform MyKasih di mana penerima yang layak akan menerima sumbangan dalam bentuk cashless untuk membeli barangan asas seperti makanan, minuman dan barangan keperluan harian lain. Menerusi Belanjawan 2025, kerajaan menambah baik jumlah bantuan serta memperluaskan capaian kepada lebih ramai penerima berbanding tahun sebelumnya sebagai langkah menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

Bagaimanakah cara semak bantuan sumbangan asas SARA ini? Ikuti segala info lanjut yang telah disediakan di bawah.

BACA JUGA: CHECK ONLINE BANTUAN RM100 DALAM MYKAD

SYARAT KELAYAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA

Beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan bagi memastikan hanya individu yang benar-benar layak menerima bantuan. Berikut adalah senarai syarat tersebut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Pendapatan tidak melebihi RM5000 sebulan.
  • Lulus & Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan. Atau;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

TARIKH BAYARAN SUMBANGAN SARA MYKASIH 2025

Pembayaran Sumbangan SARA MyKasih disusun mengikut kategori kelayakan penerima dengan tarikh yang berlainan seperti butiran di bawah.

  • Penerima B40 (STR & eKasih):
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  • Penerima M40 (STR sahaja):
    • Bermula April hingga Disember 2025

JUMLAH BAYARAN SUMBANGAN SARA MYKASIH 2025

Bantuan ini disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad kepada penerima mengikut kategori kelayakan yang telah ditetapkan. Sila rujuk jadual berikut untuk maklumat jumlah bantuan bagi setiap kategori:

  • PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)
  • PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANGTidak Layak

CARA GUNA SUMBANGAN SARA MYKASIH 2025

Penerima bantuan boleh mengikuti langkah-langkah berikut sebagai panduan untuk menggunakan bantuan MyKasih yang telah dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad:

  1. Kunjungi kedai/pasar raya berdekatan yang terpilih menyertai Program SARA MyKasih.
  2. Pilih barangan asas yang telah diluluskan dari senarai 14 kategori barang bantuan MyKasih 2025.
  3. Serahkan MyKad kepada juruwang di kaunter pembayaran untuk semakan status penerima bantuan.
  4. Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKAd) jika perlu.
  5. Juruwang akan imbas barangan mengikut kategori yang dibenarkan.
  6. Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan transaksi.
  7. Simpan resit sebagai bukti pembelian & semakan baki bantuan.

SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA

Terdapat 2 portal rasmi yang telah disediakan oleh pihak kerajaan bagi memudahkan penerima yang layak untuk membuat semakan bantuan. Berikut disertakan portal rasmi dan langkah-langkah membuat semakan:

SEMAKAN MELALUI PORTAL STR

SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA
  1. Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan Nombor MyKad
    • Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
    • Tekan “Semak”.
  4. Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  5. Paparan Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
      • Status permohonan STR
      • Kelayakan bantuan
      • Status SARA MyKasih (jika layak)
        • Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
  6. Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    • Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.

SEMAKAN MELALUI PORTAL MYKASIH

SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA
  1. Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  2. Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
    • Biasanya terletak di bahagian atas laman.
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Kata laluan (jika diperlukan)
    • Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
  4. Tekan butang ‘Login’
    • Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
      • Semak status kelayakan
      • Semak baki bantuan
      • Semak rekod transaksi

RUJUKAN

Panduan bagi Sumbangan Asas Rahmah SARA MyKasih 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment