STR 2025 : SEMAKAN (FASA 3)

STR 2025 : SEMAKAN (FASA 3)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan tunai yang diteruskan oleh kerajaan menerusi Belanjawan 2025. Ia bertujuan meringankan beban rakyat terutamanya golongan B40 dan M40 dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin mencabar. Pembayaran STR dibuat secara berperingkat yang terbahagi kepada 4 fasa. Kini, Fasa 3 menjadi tumpuan ramai kerana ia membabitkan bayaran tambahan kepada kategori isi rumah, warga emas dan bujang.

Nak tahu syarat kelayakan, jumlah bayaran, tarikh bantuan & cara semakan status kelayakan penerima bantuan STR 2025? Ikuti artikel ini untuk info lengkap yang telah disediakan.

BACA JUGA: CHECK STATUS BANTUAN STR BUJANG 2025

SYARAT KELAYAKAN STR 2025

Terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi bagi memastikan penerima bantuan adalah yang benar-benar layak. Antara syarat-syarat berdasarkan kategori pemohon ialah:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

Nota Tambahan: Individu bujang berumur 21 tahun ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun ke atas yang belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah & tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

JUMLAH BANTUAN STR 2025

Penerima bantuan akan menerima jumlah bayaran yang berbeza mengikut kategori kelayakan mereka. Jadual di bawah menunjukkan kategori penerima yang layak dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHPendapatan Bulanan Bawah RM2500:
5 Anak Ke Atas: RM2500
3-4 Anak: RM2000
2-1 Anak: RM1500
Tiada Anak: RM1000

Pendapatan Bulanan RM2501-RM5000:
5 Anak Ke Atas: RM1250
3-4 Anak: RM1000
2-1 Anak: RM750
Tiada Anak: RM500
WARGA EMAS TIADA PASANGANPendapatan Bulanan Bawah RM5000:
RM600
BUJANG
(21-59 TAHUN)
(OKU 19 TAHUN KE ATAS)
Pendapatan Bulanan Bawah RM2500:
RM600

TARIKH BAYARAN BANTUAN STR

Pembayaran bantuan bagi STR 2025 terbahagi kepada 4 Fasa. Penerima bantuan telah menerima pembayaran pada fasa 1 dan 2. Kini, yang menjadi tumpuan adalah tarikh bayaran fasa 3. Berikut adalah jadual tentang fasa bantuan dan tarikh bayaran:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 122-28 JANUARI
FASA 224 MAC
FASA 312 OGOS
FASA 4NOVEMBER

*Tarikh akan dikemaskini mengikut pengumuman rasmi kerajaan. Berdasarkan rekod tahun 2024, bayaran bagi fasa 3 dibuat pada Ogos dan awal September – Rujuk: bantuantunai.hasil (FAQ)

CARA BAYARAN BANTUAN STR

Bantuan STR 2025 akan disalurkan melalui 2 cara bagi memudahkan proses pembayaran yang mana bergantung kepada jenis penerima seperti butiran berikut:

  1. PENERIMA AKAUN BANK
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
  2. PENERIMA TIADA AKAUN
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

CARA SEMAK BANTUAN STR

Semakan bagi kelayakan Bantuan STR 2025 boleh dibuat melalui atas talian. Berikut disertakan panduan lebih terperinci untuk membuat semakan melalui portal rasmi yang disediakan oleh kerajaan:

CARA SEMAK BANTUAN STR
  1. Buka laman rasmi STR.
    • Layari: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Tekan pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
    • Tekan [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Klik pada butang [Semakan 2025].
    • Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
  11. Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
  12. Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.

RUJUKAN

Panduan bagi STR 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment