SEMAKAN STATUS STR 2025 : (FASA3) CHECK BANTUAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Untuk memastikan anda tidak terlepas maklumat penting, semakan status bantuan tunai STR Fasa 3 2025 kini boleh dilakukan secara rasmi melalui portal MySTR. Sama ada permohonan anda telah diluluskan, sedang diproses atau memerlukan tindakan lanjut, semuanya boleh disemak dengan mudah hanya di hujung jari.
Ketahui juga jumlah bayaran mengikut kategori isi rumah, bujang atau warga emas dalam semakan terkini ini. Jangan tunggu saat akhir, buat semakan sekarang untuk mengetahui status bantuan anda.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS RAYUAN (STR) 2025: (FASA 3) LAYAK ATAU TIDAK
SEMAKAN KELAYAKAN STR 2025
Bagi memastikan bantuan ini diterima oleh golongan yang tepat, kerajaan telah menetapkan beberapa syarat untuk kelayakan terima bantuan mengikut kategori pemohon. Syarat asas adalah seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | SYARAT KELAYAKAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | – Kahwin atau; – Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak. – Pendapatan RM5,000 dan ke bawah. |
| WARGA EMAS | – Bujang atau; – Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak. – Berumur 60 tahun ke atas. – Pendapatan RM5,000 ke bawah. |
| BUJANG | – Bujang atau; – Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak. – Berumur 21-59 tahun. – Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas. – Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa. – Pendapatan RM2,500 ke bawah. |
JUMLAH BANTUAN STR 2025
Jumlah bantuan yang diberikan berdasarkan kepada kategori pemohon sama ada Isi Rumah, Warga Emas ataupun Bujang. Semak panduan di bawah:
| KATEGORI PENERIMA | BIL. ANAK/TANGGUNGAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|---|
| ISI RUMAH (B40) | 5 Anak Ke Atas 3 – 4 Anak 2 -1 Anak Tiada Anak | RM 2,500 RM 2,000 RM 1,500 RM 1000 |
| ISI RUMAH (M40) | 5 Anak Ke Atas 3 – 4 Anak 2 – 1 Anak Tiada Anak | RM 1,250 RM 1,000 RM 750 RM 500 |
| WARGA EMAS (TIADA PASANGAN) | – | RM 600 |
| BUJANG | – | RM 600 |
Perhatian : Kepada pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di institusi IPTA/IPTS sepenuh masa, permohonan bagi kategori bujang atau mana-mana kategori adalah tidak diterima.
SEMAKAN STATUS STR 2025
Untuk membuat semakan status, beberapa platform tersedia boleh digunakan untuk memudahkan orang ramai membuat semakan seperti:
- LAMAN RASMI STR
- LAMAN RASMI MYKASIH
- TALIAN HOTLINE
Langkah semakan setiap platform adalah seperti berikut:
SEMAKAN STATUS MELALUI PORTAL STR

- Buka laman rasmi STR di: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman Utama portal tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, tekan [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
- Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Proses semakan selesai.
SEMAKAN STATUS MELALUI PORTAL MYKASIH

- Layari portal MyKasih: https://mykasih.com.my/
- Klik pada [Semak Kelayakan].
- Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa tanda (-).
- Dan tekan [Semakan Status].
- Maklumat terkini penerima akan dipaparkan.
TALIAN HOTLINE
Selain daripada itu, anda juga boleh menghubungi:
- Hotline BKK: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
- MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
Nota: Bagi mereka yang tidak mempunyai akses kepada internet atau mengalami masalah teknikal, boleh hadir ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang berdekatan untuk membuat semakan dan mendapatkan bantuan lanjut.
CARA BAYARAN STR 2025
Bantuan tunai STR ini boleh diterima melalui dua cara sama ada bayaran terus ke akaun bank atau tunai di mana-mana cawangan BSN berdekatan.
- PENERIMA MELALUI AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN BANK
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
RUJUKAN
Panduan bagi Semakan Status STR 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]