SEMAKAN STATUS STR 2025 FASA 3 : SEMAK KELAYAKAN TERKINI
Semakan Status STR 2025 Fasa 3 sangat penting untuk memastikan anda tidak terlepas menerima bantuan yang layak. Pastikan anda menyemak secara berkala di portal rasmi, kekalkan maklumat peribadi yang tepat dan pantau pengumuman terkini dari pihak kerajaan.
Semak maklumat lanjut yang disediakan untuk panduan lengkap semakan terkini.
BACA JUGA: BANTUAN STR BUJANG 2025 : (FASA 3) SEMAK STATUS KELAYAKAN TERKINI PENERIMA
APA ITU STR 2025
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 merupakan bantuan tunai bersasar oleh kerajaan Malaysia kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. Ia melibatkan bayaran secara berfasa kepada kategori penerima isi rumah, warga emas, bujang serta golongan OKU.
Bantuan STR 2025 adalah kesinambungan kepada inisiatif kebajikan kerajaan terdahulu, namun dengan penambahbaikan dari segi syarat kelayakan dan kadar bayaran bagi setiap kategori.
KATEGORI PENERIMA STR 2025
STR 2025 dibahagikan kepada beberapa kumpulan penerima utama:
ISI RUMAH
Pendapatan bulanan:
- B40: RM2,500 ke bawah
- M40: RM2,501 – RM5,000
- Mesti berkahwin atau ibu/bapa tunggal dengan tanggungan
- Warganegara Malaysia
WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Berumur 60 tahun ke atas
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000
- Tidak tinggal bersama anak yang bekerja
BUJANG / OKU
- Umur antara 21 – 59 tahun
- Bagi OKU, minimum umur adalah 19 tahun
- Tidak berkahwin dan tidak menuntut di IPT
- Pendapatan di bawah RM2,500
SEMAKAN STATUS STR 2025 FASA 3
Semakan boleh dibuat secara atas talian dengan langkah berikut:
- Layari portal rasmi STR di: [https://bantuantunai.hasil.gov.my]
- Masukkan nombor MyKad 12 digit (tanpa tanda sengkang).
- Klik butang “Semak”.
- Sahkan frasa keselamatan.
- Log masuk menggunakan kata laluan.
- Pilih menu “Semakan Status”.
- Status kelayakan dan maklumat bayaran akan dipaparkan jika layak.
Nota Penting: Pastikan maklumat peribadi dan nombor akaun bank anda dikemaskini untuk mengelakkan kegagalan bayaran.
TARIKH BAYARAN STR FASA 3
Berdasarkan maklumat semasa dan pelaksanaan fasa terdahulu, jadual bayaran STR adalah seperti berikut:
FASA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
FASA 1 | 22 – 28 Januari 2025 |
FASA 2 | 24 – 27 Mac 2025 |
FASA 3 | Akhir Julai – Ogos 2025 |
FASA 4 | November 2025 |
Tarikh rasmi akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan dan LHDN dalam masa terdekat.
JUMLAH BAYARAN STR FASA 3
Berikut adalah jumlah bayaran STR Fasa 3 yang dijangka berdasarkan kategori:
KATEGORI | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
ISI RUMAH B40 | RM200 – RM700 |
ISI RUMAH M40 | RM100 – RM350 |
WARGA EMAS | RM150 – RM250 |
BUJANG / OKU | RM150 |
Jumlah sebenar akan bergantung kepada bilangan anak, kategori pendapatan dan status kelayakan individu.
KAEDAH BAYARAN STR 2025
Bayaran akan disalurkan melalui dua kaedah utama:
Kredit Terus ke Akaun Bank
- Dimasukkan ke akaun pemohon atau pasangan secara automatik
- Pastikan nombor akaun yang didaftarkan adalah aktif
Tunai di Kaunter BSN
- Bagi penerima tiada akaun atau kredit gagal
- Boleh semak kaedah bayaran melalui portal STR selepas log masuk
MASALAH LAZIM SEMAKAN STR
Kemungkinan data belum dikemas kini.
Status permohonan masih dalam semakan oleh LHDN.
Klik “Kemaskini Maklumat Asas”
Masukkan nombor akaun yang baru
Boleh buat rayuan dalam tempoh ditetapkan selepas pengumuman rasmi
Sediakan dokumen sokongan seperti penyata gaji, surat cerai, sijil kelahiran anak, dll.
RUJUKAN
Panduan bagi Semakan Status STR 2025 Fasa 3 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]