SEMAKAN STATUS RAYUAN (STR) 2025: (FASA 4) LAYAK ATAU TIDAK
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan salah satu inisiatif kerajaan Malaysia untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menangani kos sara hidup yang semakin meningkat. STR adalah bantuan kewangan yang diberikan secara tunai kepada individu dan keluarga yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
Rujuk maklumat lanjut di bawah untuk semakan status rayuan (STR) Fasa 4 2025.

BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA
SIAPA PERLU BUAT RAYUAN (STR)?
Bagi pemohon yang permohonannya ditolak, mereka boleh membuat rayuan kepada pihak berkuasa. Proses rayuan dan semakan status STR 2025 ini juga boleh dilakukan melalui Portal Rasmi STR.
Pemohon perlu memberikan penjelasan atau bukti tambahan yang dapat membuktikan kelayakan mereka untuk menerima STR. Contohnya, jika permohonan ditolak atas alasan pendapatan yang tidak tepat, pemohon boleh memberikan bukti pendapatan yang lebih jelas.
APA SYARAT KELAYAKAN STR 2025?
Untuk memohon atau membuat rayuan bagi bantuan STR 2025, setiap individu atau isi rumah perlu memenuhi beberapa syarat kelayakan. Berikut adalah syarat umum yang ditetapkan untuk memohon atau membuat rayuan STR:
- Warganegara Malaysia:
- Hanya warganegara Malaysia yang layak menerima bantuan ini.
- Pendapatan Isi Rumah:
- Kelayakan STR berdasarkan kepada pendapatan isi rumah. Biasanya, bantuan ini diberikan kepada isi rumah dengan pendapatan bawah RM5,000 (dalam kategori tertentu) atau mereka yang mempunyai jumlah pendapatan yang lebih rendah daripada had yang ditetapkan oleh kerajaan.
- Umur:
- Bagi individu bujang, mereka harus berumur 21 tahun ke atas untuk layak memohon bantuan ini. Untuk isi rumah, pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas.
- Status Perkahwinan:
- Pemohon yang sudah berkahwin, janda/duda, serta individu yang tinggal bersama keluarga atau penjaga boleh membuat permohonan.
- Kehadiran Anak:
- Pemohon yang mempunyai anak yang masih di bawah umur juga boleh menerima bantuan tambahan. Semakin ramai anak yang di bawah tanggungan, semakin besar jumlah bantuan yang diterima.
- Tidak Menerima Bantuan Lain:
- Pemohon yang telah menerima bantuan sosial atau bantuan kewangan daripada program kerajaan yang lain mungkin tidak layak menerima STR. Namun, terdapat juga situasi di mana seseorang individu boleh menerima kedua-dua bantuan bergantung kepada kesesuaian dan kelayakan.
- Tidak Berhutang dengan Kerajaan:
- Pemohon yang mempunyai tunggakan cukai atau hutang yang belum dijelaskan kepada kerajaan mungkin tidak layak menerima bantuan STR.
KELAYAKAN STR MENGIKUT KATEGORI
| KATEGORI PENERIMA | SYARAT KELAYAKAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | – Kahwin atau; – Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak. – Pendapatan RM5,000 dan ke bawah. |
| WARGA EMAS (TIADA PASANGAN) | – Bujang atau; – Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak. – Berumur 60 tahun ke atas. – Pendapatan RM5,000 ke bawah. |
| BUJANG | – Bujang atau; – Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak. – Berumur 21-59 tahun. – Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas. – Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa. – Pendapatan RM2,500 ke bawah. |
BERAPA JUMLAH BAYARAN STR FASA 4 DISALURKAN?
STR Fasa 4 2025 diteruskan dengan jumlah bayaran antara RM150 hingga RM700. Jumlahnya bergantung pada kategori penerima ada yang isi rumah, ada yang bujang. Senarai lengkap ada di bawah:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|---|
| 0 | 1000 | 500 | 150 | 150 | 200 |
| 1-2 | 1500 | 500 | 300 | 350 | 350 |
| 3-4 | 2000 | 500 | 500 | 500 | 500 |
| >5 | 2500 | 500 | 650 | 650 | 700 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|---|
| 0 | 500 | 150 | 100 | 150 | 100 |
| 1-2 | 750 | 150 | 200 | 200 | 200 |
| 3-4 | 1000 | 250 | 250 | 250 | 250 |
| >5 | 1250 | 300 | 300 | 300 | 350 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN (PENDAPATAN BULANAN <RM5000)
| KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
- BUJANG (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
SEMAKAN STATUS RAYUAN STR FASA 4
Sekiranya rayuan untuk STR 2025 telah dibuat, semakan status boleh dilakukan dengan beberapa langkah mudah di Portal Rasmi MySTR. Berikut adalah panduan lengkap untuk membuat semakan status rayuan STR 2025:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

SELEPAS DAFTAR:
- Kembali ke laman Log Masuk.
- Masukkan No IC & Password yang telah ditetapkan.
- Kini anda boleh akses dan membuat semakan status rayuan STR 2025 secara online.

BAGAIMANA CARA BAYARAN STR FASA 4 DIAGIHKAN?
STR Fasa 4 diagihkan mengikut kategori penerima, sama ada melalui kredit akaun bank atau bayaran tunai di cawangan BSN. Perincian adalah seperti berikut:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
SOALAN LAZIM (FAQ)
Klik “Lupa Kata Laluan” di halaman log masuk dan ikut langkah pengesahan melalui e-mel berdaftar.
Ya, selagi memenuhi syarat pendapatan dan tidak bertindih dengan bantuan khas tertentu.
Ya, termasuk semua jenis elaun tetap dan tidak tetap.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Semakan Status Rayuan (STR) 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]
Saya dah tak kerja, apply STR, tak lulus sbb ada kereta cc 1.8 ( proton x70)..sy dah jelaskan kepada pegawai LHDN, kereta tersebut dibeli waktu saya bekerja. Mereka tak boleh buat apa-apa disebabkan, sistem yang tolak.
Bagaimana?