SEMAKAN STATUS MYKASIH 2025 : BANTUAN DALAM MYKAD
Kerajaan meneruskan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah program MyKasih bagi tahun 2025. Melalui Belanjawan 2025, bantuan ini disalurkan secara bulanan ke dalam MyKad penerima untuk meringankan bebanan kos sara hidup isi rumah B40, warga emas dan bujang. Penerima bantuan boleh membuat pembelian barangan asas di lebih 1200 kedai atau pasar raya terpilih.
Bagaimanakah cara membuat semakan status MyKasih 2025? Ikuti panduan lengkap yang telah disediakan.
BACA JUGA: CHECK CARA DAFTAR MYKASIH
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH
Ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi bagi memastikan penerima bantuan yang benar-benar layak sahaja akan terpilih.Antara syarat-syaratnya ialah:
- Warganegara Malaysia
- Penerima STR atau eKasih
- Pendapatan isi rumah rendah (kategori B40 atau miskin)
- Tiada pendapatan tetap
TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN MYKASIH
Bantuan MyKasih akan dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad penerima yang layak pada tarikh berbeza mengikut kategori & kelayakan mereka. Berikut disertakan maklumat tentang tarikh pembayaran bantuan & kategori yang terlibat:
- Penerima STR & eKasih:
- Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
- Penerima STR sahaja:
- Bermula April hingga Disember 2025
JUMLAH BANTUAN MYKASIH
Penerima yang layak akan menerima jumlah bantuan yang berbeza mengikut kategori kelayakan mereka. Jadual di bawah akan memberi gambaran lebih jelas tentang kategori yang terlibat dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:
- PENERIMA STR SAHAJA (M40)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | Tidak Layak |
- PENERIMA EKASIH & STR (B40)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
SEMAKAN STATUS MYKASIH 2025
Kerajaan telah menyediakan 2 platform rasmi untuk memudahkan rakyat membuat semakan bantuan MyKasih iaitu melalui portal rasmi MyKasih & MySTR. Berikut adalah langkah-langkah terperinci untuk penerima bantuan membuat semakan:

1. PLATFORM RASMI MYKASIH
- Layari laman rasmi MyKasih
- Buka pelayar web dan pergi ke: https://mykasih.com.my/
- Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
- Biasanya terletak di bahagian atas laman.
- Masukkan maklumat diperlukan
- Nombor MyKad / IC
- Kata laluan (jika diperlukan)
- Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
- Tekan butang ‘Login’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
- Semak status kelayakan
- Semak baki bantuan
- Semak rekod transaksi
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
- Sekiranya lupa kata laluan
- Klik “Forgot Password” & ikut arahan untuk reset melalui e-mel atau SMS (jika tersedia).
2. PLATFORM RASMI MYSTR
- Layari Laman Web Rasmi STR:
Pergi ke laman web rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”
Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan Nombor MyKad
Taip nombor kad pengenalan (tanpa sengkang). Tekan “Semak”.
- Jawab Soalan Keselamatan
Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
- Papar Maklumat Permohonan
Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
Status permohonan STR
Kelayakan bantuan
Status SARA MyKasih (jika layak)
Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA dan jumlah bantuan. - Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
Jika tersenarai, anda akan nampak jumlah bantuan & tempoh bayaran.
RUJUKAN
Panduan bagi Semakan Status MyKasih 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Portal Rasmi eKasih: https://ekasih.icu.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]