SEMAKAN SARA RM100 2025 : SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih merupakan bantuan tanpa tunai yang disalurkan terus ke MyKad bagi memudahkan penerima membeli barangan keperluan asas di kedai runcit terpilih. Dalam pembentangan Belanjawan 2025, kerajaan mengekalkan pemberian SARA sebanyak RM100 sebulan bagi golongan B40 dan sebahagian M40, sebagai langkah membantu meringankan beban kos sara hidup. Menurut Kementerian Kewangan, bantuan ini memberi manfaat kepada jutaan rakyat Malaysia yang layak, meliputi pelbagai kategori penerima. Tujuan utama SARA adalah memastikan golongan sasar mendapat akses kepada barangan asas dengan lebih mudah tanpa perlu mengeluarkan wang tunai. Program ini turut membantu mengawal perbelanjaan isi rumah serta memastikan bantuan sampai terus kepada mereka yang memerlukan.
Semakan status penerima SARA RM100 kini boleh dilakukan secara dalam talian. Ikuti kupasan info lanjut dalam artikel ini.
BACA JUGA: SEMAK SENARAI BARANGAN ASAS APA YANG BOLEH DIBELI SARA 100
SYARAT KELAYAKAN SARA 2025
Hanya pemohon yang menepati kriteria kelayakan tertentu sahaja akan dipertimbangkan untuk menerima bantuan SARA 2025 ini. Berikut syarat-syaratnya:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan bulanan bawah RM5000.
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA?
Penerima SARA akan menerima bantuan secara tanpa tunai terus ke MyKad, dengan jumlah antara RM600-RM2100 (B40), RM450-RM900 (M40), setahun mengikut kategori kelayakan mereka. Jadual di bawah menunjukkan kategori serta jumlah bantuan masing-masing:
- PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
- PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | Tidak Layak |
*BANTUAN TAMBAHAN SARA ONE-OFF RM100

- Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua individu dewasa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori.
- Tiada permohonan diperlukan.
- Tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
- Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak di IPT (RM100).
- Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
- Semakan status bantuan tambahan SARA Untuk Semua boleh dibuat menggunakan aplikasi MyKasih melalui pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus bermula 21 Ogos 2025.
- Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.
BILA TARIKH BAYARAN SARA RM100?
Bayaran bantuan SARA RM100 akan dibuat pada setiap awal bulan yang dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima. Berikut adalah butiran tentang tarikh bayaran:
- Penerima B40 (STR & eKasih):
- Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
- Penerima M40 (STR sahaja):
- Bermula April hingga Disember 2025
BAGAIMANA CARA GUNA SARA RM100?
Penerima bantuan SARA RM100 boleh merujuk panduan ringkas di bawah bagi memahami cara menggunakan bantuan tanpa tunai yang telah dikreditkan:

- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
SEMAKAN SARA RM100 2025
Semakan status penerima SARA RM100 boleh dilakukan secara dalam talian melalui dua platform rasmi iaitu Portal STR dan Portal MyKasih. Panduan penuh serta pautan portal disertakan di bawah:
SARA RM100 SEMAKAN MELALUI PORTAL STR

- Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan Nombor MyKad
- Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tekan “Semak”.
- Jawab Soalan Keselamatan
- Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
- Paparan Maklumat Permohonan
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Status permohonan STR
- Kelayakan bantuan
- Status SARA MyKasih (jika layak)
- Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
- Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
- Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.
SARA RM100 SEMAKAN MELALUI PORTAL MYKASIH

- Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
- Biasanya terletak di bahagian atas laman.
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Kata laluan (jika diperlukan)
- Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
- Tekan butang ‘Login’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
- Semak status kelayakan
- Semak baki bantuan
- Semak rekod transaksi
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
RUJUKAN
Panduan bagi Semakan SARA RM100 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Portal Rasmi eKasih: https://ekasih.icu.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]