SEMAKAN SARA 2025 : SEMAK ONLINE STATUS TERKINI PENERIMA
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 merupakan salah satu inisiatif utama kerajaan di bawah Belanjawan 2025 bagi membantu golongan B40 mengurangkan beban kos sara hidup harian. Bantuan ini disalurkan secara bulanan melalui program MyKasih ke dalam MyKad dan boleh digunakan di lebih 1200 kedai dan pasar raya terpilih untuk membeli barangan asas. Kerajaan komited memastikan bantuan ini sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan selari dengan agenda Malaysia MADANI.
Bagaimanakah cara nak buat semakan SARA 2025? Ikuti artikel ini untuk panduan yang lebih terperinci.
BACA JUGA: CHECK BANTUAN RM100 DALAM IC
SYARAT KELAYAKAN SARA 2025
Pemohon perlu memenuhi beberapa syarat untuk memastikan mereka benar-benar layak untuk menerima bantuan SARA 2025. Antara syarat-syaratnya ialah:
- Warganegara Malaysia.
- Pendapatan tidak melebihi RM5000 sebulan.
- Lulus & Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
JUMLAH BAYARAN SARA 2025
Penerima bantuan SARA akan menerima jumlah bantuan yang berbeza secara tanpa tunai di dalam MyKad mereka mengikut kategori kelayakan semasa membuat permohonan. Berikut disertakan jadual tentang kategori penerima dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:
- PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
- PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | Tidak Layak |
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA
Bantuan SARA 2025 akan dibayar pada tarikh yang berbeza mengikut kategori kelayakan penerima seperti butiran di bawah:
- Penerima B40 (STR & eKasih):
- Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
- Penerima M40 (STR sahaja):
- Bermula April hingga Disember 2025
CARA GUNA BANTUAN SARA
Penerima SARA 2025 boleh membuat pembelian barangan asas dengan mengikut langkah-langkah berikut sebagai panduan untuk guna bantuan yang telah dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad:
- Kunjungi kedai/pasar raya berdekatan yang terpilih menyertai Program SARA MyKasih.
- Pilih barangan asas yang telah diluluskan dari senarai 14 kategori barang bantuan MyKasih 2025.
- Serahkan MyKad kepada juruwang di kaunter pembayaran untuk semakan status penerima bantuan.
- Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKAd) jika perlu.
- Juruwang akan imbas barangan mengikut kategori yang dibenarkan.
- Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan transaksi.
- Simpan resit sebagai bukti pembelian & semakan baki bantuan.
SEMAKAN BANTUAN SARA 2025
Semakan status terkini bantuan SARA boleh dilakukan secara atas talian sahaja. Kerajaan telah menyediakan 2 platform rasmi bagi memudahkan akses penerima bantuan untuk membuat semakan. Berikut disertakan 2 portal rasmi dan langkah lengkap cara menyemak status bantuan:
SEMAKAN SARA 2025 MELALUI PORTAL MYKASIH

- Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
- Biasanya terletak di bahagian atas laman.
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Kata laluan (jika diperlukan)
- Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
- Tekan butang ‘Login’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
- Semak status kelayakan
- Semak baki bantuan
- Semak rekod transaksi
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
SEMAKAN SARA 2025 MELALUI PORTAL MYSTR

- Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan Nombor MyKad
- Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tekan “Semak”.
- Jawab Soalan Keselamatan
- Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
- Paparan Maklumat Permohonan
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Status permohonan STR
- Kelayakan bantuan
- Status SARA MyKasih (jika layak)
- Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
- Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.
RUJUKAN
Panduan bagi Semakan SARA 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Portal Rasmi eKasih: https://ekasih.icu.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]
- Pengumuman Belanjawan 2025 (Kementerian Kewangan Malaysia) : https://www.treasury.gov.my/index.php/en/budget