SEMAKAN ONLINE STR FASA 3 2025 : SEMAK STATUS TERKINI PENERIMA

SEMAKAN ONLINE STR FASA 3 : (2025) SEMAK STATUS TERKINI PENERIMA

Semakan Online STR Fasa 3 2025 kini dibuka untuk semua penerima yang layak! Bagi rakyat Malaysia yang menantikan bayaran seterusnya di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kini anda boleh membuat semakan status STR Fasa 3 secara online dengan mudah dan cepat. Program bantuan kewangan ini diteruskan oleh kerajaan sebagai usaha meringankan beban kos sara hidup rakyat, terutamanya golongan B40 dan M40.

Baca selanjutnya dibawah untuk panduan lengkap kelayakan, jumlah bantuan mengikut kategori, dan langkah-langkah untuk semakan status terkini penerima.

BACA JUGA: BANTUAN RM100 DALAM MYKAD : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

APA ITU STR 2025

STR ialah inisiatif bantuan kewangan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat yang tergolong dalam kategori B40 dan M40. Program ini menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan diteruskan pada tahun 2025 dengan beberapa fasa bayaran.
STR Fasa 3 adalah bayaran ke-3 daripada keseluruhan siri bayaran STR bagi tahun 2025, dan biasanya melibatkan jumlah bayaran yang lebih besar berbanding fasa sebelum ini.

SYARAT KELAYAKAN STR FASA 3 2025

  • Isi Rumah
    • Kahwin atau;
    • Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau;
    • Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5,000 ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau;
    • Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2,500 ke bawah.

Makluman: Pelajar yang sedang menuntut di IPTA/IPTS sepenuh masa tidak layak untuk membuat permohonan bagi kategori Bujang atau mana2 kategori. Nama pelajar telah di daftarkan sebagai tanggungan kepada ibu/bapa atau penjaga.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 2025

Berikut adalah jumlah bayaran anggaran untuk Fasa 3, tertakluk kepada pengesahan rasmi oleh Kementerian Kewangan:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN FASA 3
ISI RUMAH (B40)RM150 – RM650
ISI RUMAH (M40)RM100 – RM300
WARGA EMAS BUJANGRM150
BUJANG (B40)RM150
*Jumlah sebenar bergantung kepada pendapatan, bilangan anak tanggungan, dan status perkahwinan.

TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2025

Berdasarkan trend tahun-tahun lepas, bayaran STR Fasa 3 dijangka akan dikreditkan pada:

  • Julai – Ogos 2025

Namun, tarikh rasmi akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dan LHDN menerusi saluran berikut:

  • Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Media sosial rasmi LHDN dan MOF
  • Sidang media rasmi kerajaan

CARA SEMAKAN ONLINE STR FASA 3 2025

Semakan status kelulusan dan jumlah bayaran STR boleh dilakukan secara atas talian melalui portal rasmi MySTR. Ikuti langkah-langkah mudah berikut:

  1. Sila layari laman rasmi BTR di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.

Jika terlupa kata laluan, gunakan fungsi “Lupa Kata Laluan” untuk set semula.

KAEDAH BAYARAN STR FASA 3

Pembayaran STR Fasa 3 akan dibuat secara berperingkat melalui:

  1. Kredit ke Akaun Bank
    • Untuk penerima yang mempunyai akaun bank aktif
    • Wang akan terus dimasukkan ke dalam akaun secara automatik
  2. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
    • Untuk penerima tanpa akaun bank
    • Perlu hadir ke cawangan BSN dengan MyKad untuk penebusan tunai

RUJUKAN

Panduan bagi Semakan Online STR Fasa 3 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selapas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Email : [email protected]

Leave a Comment