SEMAK STATUS SARA MYKASIH 2025 : CHECK ONLINE KELAYAKAN (RM50 & RM100)

SEMAK STATUS SARA MYKASIH 2025 : CHECK ONLINE KELAYAKAN (RM50 & RM100)

Dalam usaha meringankan beban kos sara hidup rakyat berpendapatan rendah, kerajaan telah meneruskan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi Belanjawan 2025. Program ini dilaksanakan melalui platform MyKasih dengan pemberian bantuan setiap bulan secara tanpa tunai (cashless) untuk membeli barangan keperluan asas. Ia ditujukan khas kepada golongan B40 dan M40 yang menyasarkan 700,000 penerima yang berkelayakan. Bantuan ini dimasukkan terus ke dalam MyKad penerima dan boleh digunakan di pasaraya terpilih seluruh negara.

Bagaimanakah cara semak status SARA MyKasih 2025? Ikuti segala info lengkap yang telah disediakan di bawah.

BACA JUGA: CHECK STATUS PENERIMA MYKASIH 2025

SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2025

Pemohon perlu memenuhi beberapa syarat bagi memastikan hanya penerima yang benar-benar layak sahaja akan terpilih. Antara syarat-syaratnya ialah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Pendapatan tidak melebihi RM5000 sebulan.
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

TARIKH BAYARAN SARA MYKASIH

Bantuan SARA MyKasih akan dibayar pada tarikh yang berbeza mengikut kategori kelayakan penerima seperti butiran di bawah:

  • Penerima STR & eKasih:
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  • Penerima STR sahaja:
    • Bermula April hingga Disember 2025

JUMLAH BAYARAN SARA MYKASIH

Penerima bantuan SARA MyKasih akan menerima jumlah bantuan yang berbeza secara tanpa tunai di dalam MyKad mereka mengikut kategori kelayakan. Berikut disertakan jadual tentang kategori penerima dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:

  • PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)
  • PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANGTidak layak

CARA GUNA SARA MYKASIH 2025

Penerima bantuan yang layak boleh membuat pembelian di kedai terpilih dengan mengikut langkah-langkah berikut sebagai panduan untuk guna bantuan MyKasih yang telah dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad:

  1. Kunjungi kedai/pasar raya berdekatan yang terpilih menyertai Program SARA MyKasih.
  2. Pilih barangan asas yang telah diluluskan dari senarai 14 kategori barang bantuan MyKasih 2025.
  3. Serahkan MyKad kepada juruwang di kaunter pembayaran untuk semakan status penerima bantuan.
  4. Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKAd) jika perlu.
  5. Juruwang akan imbas barangan mengikut kategori yang dibenarkan.
  6. Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan transaksi.
  7. Simpan resit sebagai bukti pembelian & semakan baki bantuan.

CARA SEMAK STATUS SARA MYKASIH 2025

Semakan status SARA MyKasih 2025 boleh dibuat secara atas talian. Penerima bantuan boleh membuat semakan melalui 2 platform rasmi yang telah disediakan oleh kerajaan seperti berikut:

CARA SEMAK STATUS SARA MYKASIH 2025

SEMAK STATUS MELALUI PORTAL MYSTR

  1. Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan Nombor MyKad
    • Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
    • Tekan “Semak”.
  4. Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  5. Paparan Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
    • Status permohonan STR
    • Kelayakan bantuan
    • Status SARA MyKasih (jika layak)
      • Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan
  6. Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.
CARA SEMAK STATUS SARA MYKASIH 2025

SEMAK STATUS MELALUI PORTAL MYKASIH

  1. Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  2. Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
    • Biasanya terletak di bahagian atas laman.
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Kata laluan (jika diperlukan)
    • Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
  4. Tekan butang ‘Login’
    • Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
      • Semak status kelayakan
      • Semak baki bantuan
      • Semak rekod transaksi

RUJUKAN

Panduan bagi Semak Status SARA MyKasih 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  1. Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  3. Portal Rasmi eKasih: https://ekasih.icu.gov.my
  4. Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  5. Emel MyKasih: [email protected]

Leave a Comment