SEMAK MYSARA 2025 : SEMAKAN STATUS BANTUAN DUIT DALAM IC

SEMAK MYSARA 2025 : SEMAKAN STATUS BANTUAN DUIT DALAM IC

Program MySARA di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih merupakan salah satu inisiatif penting kerajaan yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 untuk membantu rakyat berdepan dengan peningkatan kos sara hidup. Bantuan ini disalurkan secara kredit tanpa tunai sebanyak RM100 setiap bulan terus ke dalam MyKad penerima yang layak. Inisiatif ini memberi manfaat kepada golongan B40 dan M40 dengan jumlah penerima seramai 5.4 juta orang di seluruh negara. Penerima boleh menggunakan bantuan tersebut untuk membuat pembelian barangan asas di lebih 7300 kedai runcit dan pasar raya terpilih. Tujuan utama MySARA adalah untuk mengurangkan tekanan kewangan isi rumah, menambah daya tahan ekonomi rakyat, serta memberi jaminan bahawa bantuan kerajaan sampai terus kepada golongan yang memerlukan.

Dengan kemudahan semak MySARA 2025 secara dalam talian, penerima boleh mengetahui kelayakan dan bayaran bantuan dengan lebih cepat dan mudah. Ikuti artikel ini hingga akhir untuk mengetahui caranya.

BACA JUGA: CHECK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RAHMAH RM100 DALAM MYKAD

APA SYARAT KELAYAKAN MYSARA 2025?

Bantuan MySARA 2025 disediakan untuk golongan B40 dan M40 yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan. Ia terbuka kepada pemohon isi rumah, warga emas dan bujang. Berikut adalah maklumat lanjut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Pendapatan bulanan bawah RM5000.
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

BERAPA JUMLAH BANTUAN MYSARA 2025 YANG DIKREDITKAN?

Jumlah bantuan MySARA 2025 dikreditkan mengikut kategori:

  • B40: RM600 – RM2100
  • M40: RM450 – RM900

Semua bayaran dikreditkan terus ke MyKad penerima. Rujuk jadual di bawah untuk pecahan lanjut:

  • PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)
  • PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANGTidak Layak

BILA TARIKH MYSARA 2025 DIBAYAR?

Tarikh bayaran Bantuan MySARA 2025 ditetapkan pada awal bulan, mengikut kategori penerima layak sama ada B40 atau M40. Butirannya adalah seperti berikut:

  • Penerima B40 (STR & eKasih):
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  • Penerima M40 (STR sahaja):
    • Bermula April hingga Disember 2025

CARA GUNA DUIT MYSARA DALAM IC

Cara guna duit MySARA untuk membuat pembelian menggunakan IC, pertama sekali penerima perlu memlilih barangan yang diluluskan. Kemudian, tunjuk IC di kaunter bayaran untuk pengesahan dan tukar nombor pin baru. Seterusnya, imbas kod barangan, buat bayaran dan simpan resit pembelian untuk rujukan. Penerima bantuan boleh merujuk panduan ringkas di bawah bagi memahami cara menggunakan bantuan tanpa tunai yang telah dikreditkan:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
CARA GUNA DUIT MYSARA DALAM IC

BAGAIMANA CARA SEMAK MYSARA 2025?

Cara semak status bantuan MySARA 2025 kini boleh dilakukan secara online sahaja. Penerima hanya perlu mengakses laman rasmi Portal STR https://bantuantunai.hasil.gov.my atau Laman Rasmi SARA https://sara.gov.my. Jika ada pertanyaan atau masalah, boleh terus hubungi hotline STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800. Berikut ialah langkah semakan penuh MySARA 2025:

SEMAK MYSARA 2025 MELALUI PORTAL STR

  1. Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan Nombor MyKad
    • Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
    • Tekan “Semak”.
  4. Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  5. Paparan Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
      • Status permohonan STR
      • Kelayakan bantuan
      • Status SARA MyKasih (jika layak)
        • Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
  6. Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    • Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.
LOGIN BAGAIMANA CARA SEMAK MYSARA 2025

SEMAK MYSARA 2025 MELALUI LAMAN RASMI SARA

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Tekan butang ‘Semakan Status’
  4. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus seperti butiran berikut:
    • Semak status kelayakan
    • Tarikh program bermula & berakhir
    • Semak baki bantuan
LOGIN BAGAIMANA CARA SEMAK MYSARA 2025

RUJUKAN

Panduan bagi Semak MySARA 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  • Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
  • Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • Emel MyKasih: [email protected]

Leave a Comment