PROGRAM i-SURI KWSP 2025 : SEMAKAN INSENTIF RM300
Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan satu insentif khas kepada kaum wanita dan suri rumah khususnya bagi memastikan kesejahteraan dan mengiktiraf sumbangan mereka kepada keluarga dan negara.
Semak makumat lanjut dibawah untuk program i-Suri KWSP bagi tahun 2025.
Baca Juga: Panduan Senarai Barang MyKasih Yang Dibenarkan
APA ITU i-SURI KWSP 2025
Program i-suri adalah inisiatif khas oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bertujuan untuk menggalakkan suri rumah dan wanita yang tidak bekerja membuat tabungan untuk hari tua. Melalui program ini, kerajaan memberikan insentif sehingga RM300 kepada suri rumah yang mencarum secara sukarela ke dalam akaun KWSP mereka. Semak maklumat lanjut di bawah.
MANFAAT PROGRAM i-SURI KWSP
Berikut merupakan faedah yang bakal diterima bagi pencarum dibawah Program i-Suri:
INSENTIF KHAS
- Kerajaan memberikan insentif sebanyak 50% daripada jumlah caruman, dengan had maksimum RM300 setahun. Had insentif ini adalah sehingga RM3,000 sepanjang hayat atau sehingga ahli mencapai umur 55 tahun, mana-mana yang terdahulu.
DIVIDEN KWSP
- Wang yang disimpan dalam akaun KWSP akan menerima dividen tahunan seperti ahli KWSP lain.
BANTUAN KEMATIAN
- Bantuan kematian akan diberikan kepada waris sekiranya pencarum i-Suri meninggal dunia, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh KWSP
PELEPASAN CUKAI
- Caruman yang dibuat ke dalam KWSP boleh menikmati pelepasan cukai, tertakluk kepada peraturan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
SYARAT KELAYAKAN i-SURI KWSP
Sebelum membuat permohonan, beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur bawah 55 tahun.
- Berdaftar sebagai ahli KWSP.
- Berdaftar dalam sistem eKasih berdasarkan data terkini.
Jika pemohon memenuhi syarat yang dinyatakan, mereka layak untuk menyertai program i-Suri dan menerima manfaat yang ditawarkan.
CARA DAFTAR PROGRAM i-SURI 2025
Untuk mendaftar bagi program i-Suri, berikut merupakan dua kaedah yang boleh dilakukan:
1. DAFTAR SECARA AUTOMATIK
Bagi individu yang baru mendaftar sebagai ahli KWSP dan telah dipadankan dengan data eKasih, pendaftaran akan dibuat secara automatik.
2. DAFTAR SENDIRI
Bagi mereka yang ingin mendaftar secara kendiri, langkah-langkah berikut perlu diikuti:
MELALUI I-AKAUN KWSP
- Pengguna boleh log masuk ke sistem i-Akaun KWSP dan mengikuti arahan pendaftaran yang disediakan.
MELALUI LAMAN RASMI KWSP
- Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman web rasmi KWSP.
SELF-SERVICE TERMINAL (SST)
- Pemohon juga boleh menggunakan terminal layan diri KWSP yang terdapat di cawangan terdekat.
MELALUI PEJABAT KWSP
- Hadir ke pejabat KWSP dengan membawa MyKad.
- Mengisi Borang KWSP 16G (M) untuk pendaftaran.
CARA CARUM SIMPANAN KWSP 2025
Bagi memastikan proses pencaruman berjalan lancar, KWSP menyediakan pelbagai kaedah pembayaran yang boleh digunakan oleh peserta i-Suri:
- Aplikasi KWSP i-Akaun
Ahli boleh membuat pembayaran terus melalui aplikasi KWSP.
- Perbankan Internet
Perbankan internet daripada bank yang bekerjasama dengan KWSP boleh digunakan untuk pembayaran caruman.
- Kaunter Ejen Bank
KWSP telah bekerjasama dengan bank seperti BSN, Maybank, Public Bank, dan RHB Bank untuk memudahkan pembayaran caruman.
- Ejen Bank Berdaftar (EB) BSN
Bayaran juga boleh dilakukan melalui ejen bank berdaftar di BSN.
- Bayaran Tunai atau Cek
Ahli boleh membuat pembayaran melalui kaunter KWSP menggunakan wang tunai, cek, draf bank, kiriman wang, atau wang pos.
- Pembayaran Menggunakan Kad Debit
Kad debit boleh digunakan untuk pembayaran melalui Mobile Team KWSP atau di pejabat KWSP.
RUJUKAN
Panduan bagi PROGRAM i-SURI KWSP 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman rasmi KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/simpanan/i-suri
- Ibu Pejabat (HQ) : Menara KWSP, No. 1, Persiaran Kwasa Utama, Kwasa Damansara, Seksyen U4, 40150 Shah Alam, Selangor.