MYKASIH 2025 SEMAKAN ONLINE : SEMAK STATUS BAYARAN SARA DALAM MYKAD

MYKASIH 2025 SEMAKAN ONLINE : SEMAK STATUS BAYARAN SARA DALAM MYKAD

Program SARA MyKasih 2025 membantu penerima membeli barangan keperluan asas menggunakan MyKad tanpa perlu tunai.

Melalui semakan MyKasih secara online, penerima boleh mengetahui sama ada bantuan telah dikreditkan ke dalam MyKad serta memeriksa baki dan cara pembelian barangan asas yang dibenarkan. Rujuk maklumat lanjut di bawah untuk membuat semakan secara online.

BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD

APA SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2025?

Bantuan SARA MyKasih 2025 disalurkan kepada golongan B40 dan M40 yang layak, bergantung kepada syarat kelayakan yang ditetapkan. Ia melibatkan kategori pemohon isi rumah, warga emas dan bujang. Berikut perinciannya:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Pendapatan bulanan bawah RM5000.
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

BILA TARIKH BANTUAN MYKASIH 2025 DIKREDITKAN?

Bayaran Bantuan MyKasih 2025 akan dimasukkan ke MyKad penerima pada setiap awal bulan, melibatkan golongan B40 dan M40 yang layak. Perinciannya ditunjukkan seperti di bawah.

  • Penerima B40 (STR & eKasih):
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  • Penerima M40 (STR sahaja):
    • Bermula April hingga Disember 2025

BERAPAKAH JUMLAH BAYARAN MYKASIH 2025?

Setiap kategori penerima MyKasih 2025 menerima jumlah bayaran yang berbeza. Bagi golongan B40, bantuan adalah antara RM600 hingga RM2100, manakala bagi M40 pula antara RM450 hingga RM900. Semua jumlah ini akan dikreditkan terus ke MyKad penerima seperti dalam jadual berikut:

  • PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)
  • PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANGTidak Layak

*BANTUAN TAMBAHAN SARA ONE-OFF RM100

  • Bantuan tambahan RM100 diagihkan secara one-off kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  • Bayaran disalurkan ke MyKad bermula 31 Ogos 2025 dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025.
  • Rujuk di sini untuk maklumat lanjut.
BERAPA JUMLAH MYKASIH 2025 YANG DISALURKAN

CARA GUNA SARA MYKASIH DALAM MYKAD UNTUK PEMBELIAN

Penerima SARA MyKasih 2025 hanya perlu menggunakan MyKad di kaunter bayaran selepas memilih barangan yang diluluskan. Proses pengesahan dilakukan sebelum membuat bayaran dan resit disimpan untuk rekod. Berikut adalah langkah lengkap membuat pembelian:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
CARA GUNA SARA MYKASIH DALAM MYKAD UNTUK PEMBELIAN

MYKASIH 2025 SEMAKAN ONLINE

Untuk membuat semakan status kelayakan Bantuan MyKasih 2025 secara online, penerima boleh layari Portal STR di bantuantunai.hasil.gov.my atau Laman Rasmi SARA di sara.gov.my. Jika perlukan bantuan, hubungi STR di 1-800-88-2747. Berikut langkah semakan online MyKasih 2025:

MYKASIH 2025 SEMAKAN ONLINE MELALUI PORTAL STR

  1. Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan Nombor MyKad
    • Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
    • Tekan “Semak”.
  4. Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  5. Paparan Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
      • Status permohonan STR
      • Kelayakan bantuan
      • Status SARA MyKasih (jika layak)
        • Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
  6. Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    • Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.
LOGIN MYKASIH 2025 SEMAKAN ONLINE

MYKASIH 2025 SEMAKAN ONLINE MELALUI LAMAN RASMI SARA

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Tekan butang ‘Semakan Status’
  4. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus seperti butiran berikut:
    • Semak status kelayakan
    • Tarikh program bermula & berakhir
    • Semak baki bantuan
LOGIN MYKASIH 2025 SEMAKAN ONLINE

SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH 2025 SEMAKAN ONLINE

Apa perbezaan SARA MyKasih bulanan dengan SARA one-off?

SARA bulanan dimasukkan setiap bulan untuk tempoh tertentu. Manakala SARA one-off hanya diberikan sekali dalam jumlah yang ditetapkan kerajaan.

Macam mana nak semak baki kredit bantuan dalam MyKad?

Boleh tengok pada resit selepas belanja atau tanya di kaunter.

Lokasi mana boleh guna SARA MyKasih?

Di pasar raya atau kedai runcit terpilih seperti Mydin, Lotus’s, Giant, Econsave dan lain-lain.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi MyKasih 2025 Semakan Online ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  • Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
  • Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • Emel MyKasih: [email protected]

Leave a Comment