LOGIN BAYARAN STR FASA 3 2025 : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI
Berdasarkan pengumuman dalam Belanjawan 2025, kerajaan mengekalkan komitmen untuk membantu golongan B40 dan M40 melalui pemberian tunai yang disalurkan secara berperingkat sepanjang tahun. Bagi STR Fasa 3 2025, pembayaran akan mula dikreditkan secara berperingkat ke akaun penerima. Bantuan ini dijangka memanfaatkan 8.6 juta penerima di seluruh negara. Seperti tahun-tahun sebelumnya, STR berperanan meringankan beban kos sara hidup rakyat, terutama dalam menghadapi kenaikan harga barangan keperluan harian. Pemberian STR Fasa 3 membuktikan usaha kerajaan dalam memastikan tiada golongan berpendapatan rendah dan sederhana tercicir daripada menikmati manfaat ekonomi negara.
Bayaran STR Fasa 3 tahun 2025 kini boleh disemak secara dalam talian melalui pautan login yang disediakan, bagi membolehkan penerima mengetahui status kelayakan dan jumlah bantuan yang akan diterima. Ikuti artikel ini untuk info lanjut.
BACA JUGA: SEMAK TARIKH PENGKREDITAN STR FASA 3 TERKINI
SYARAT KELAYAKAN STR 2025
Bantuan STR ini disasarkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Maka, beberapa kriteria kelayakan telah ditetapkan seperti berikut:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Nota Tambahan: Individu bujang yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah & tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
JUMLAH BAYARAN STR FASA 3
Tidak semua penerima akan terima jumlah bantuan yang sama. Jumlahnya bergantung pada kategori kelayakan semasa permohonan. Jadual di bawah perincikan jumlah bayaran mengikut kategori:
| KATEGORI PENERIMA | PENDAPATAN BULANAN | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|---|
| ISI RUMAH B40 | BAWAH RM2500 | RM150-RM650 |
| ISI RUMAH M40 | RM2501-RM5000 | RM150-RM300 |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | BAWAH RM5000 | RM150 |
| BUJANG | BAWAH RM2500 | RM150 |

CARA BAYARAN STR FASA 3
Bayaran STR Fasa 3 melalui dua saluran bergantung pada jenis penerima. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2025
Bantuan STR disalurkan secara berperingkat yang melibatkan 4 fasa keseluruhannya. Pihak kerajaan baru sahaja mengumumkan tarikh bayaran bantuan Fasa 3. Berikut adalah jadual tentang fasa bantuan & tarikh bayaran:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | 22-28 JANUARI |
| FASA 2 | 24 MAC |
| FASA 3 | 12 OGOS |
| FASA 4 | NOVEMBER |
LOGIN BAYARAN STR FASA 3 2025
Penerima yang layak boleh membuat semakan status bantuan tunai STR Fasa 3 secara online dengan login ke laman rasmi portal yang telah disediakan. Berikut disertakan langkah lengkap untuk membuat semakan:

- Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
- Tekan [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pada butang [Semakan 2025].
- Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
- Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.

RUJUKAN
Panduan bagi Login Bayaran STR Fasa 3 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]