Log Masuk SYUKUR SABAH: Fasa 2 2025 Semakan Status Penerima Bayaran
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 (juga dikenali sebagai SUKUR atau SYUKUR) adalah salah satu usaha signifikan Kerajaan Negeri Sabah dalam meringankan beban kewangan golongan kurang berkemampuan serta membasmi kemiskinan tegar di negeri ini.
Selaras dangan kenyataan Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata dengan peruntukan sebanyak RM358.5 juta, program ini menyasarkan lebih 100,000 Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai dalam sistem eKasih, dan akan menerima bantuan tunai sebanyak RM300 sebulan sehingga hujung tahun 2025.
Lihat Juga: Semakan senarai barangan Mykasih 2025
Objektif Utama Program
Antara objektif pengenalan program SYUKUR SABAH adalah:
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Sabah yang merupakan antara yang tertinggi di Malaysia
- Sokongan tambahan kepada golongan yang memerlukan agar dapat menjalani kehidupan dengan lebih stabil.
- Meringankan bebanan kewangan dalam memenuhi keperluan asas dalam kehidupan rakyat Sabah.
Syarat Kelayakan Permohonan SYUKUR SABAH
Bagi memastikan bantuan ini benar-benar dapat disalur kepada golongan yang disasarkan, syarat kelayakan telah ditetapkan seperti berikut:
Kriteria asas
1) Individu berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024 (perlu memenuhi semua kriteria berikut)
- Warganegara Malaysia; dan
- Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun; dan
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H’.
Serta memenuhi salah satu kriteria berikut
2) Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin atau miskin tegar di dalam pangkalan data eKasih setakat 31 Disember 2024; atau
3) Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)*.
Bagi kategori miskin
- Ketua Isi Rumah sahaja (seorang penerima); atau
Bagi kategori miskin tegar
- Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan. Sekiranya tidak mempunyai pasangan, salah satu Ahli Isi Rumah layak sebagai penerima; atau
- Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan serta satu (1) Ahli Isi Rumah/ anak di bawah tanggungan berumur 18 tahun ke atas bagi kategori miskin tegar sekiranya penerima di para (c.ii) masih di bawah paras kemiskinan tegar walaupun telah menerima bantuan Program Sentuhan KasihRakyat.
Penerima yang berkelayakan perlu memenuhi kesemua syarat kelayakan dalam para (1) dan memenuhi salah satu syarat kelayakan sama ada perkara (2) atau (3).
Nota : Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Isi Rumah miskin bagi Negeri Sabah ialah isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM 2,742 dengan nilai per kapita RM 671 setiap individu. Manakala miskin tegar pula didefinisikan sebagai isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM1,218.00 dengan nilai per kapita RM288 setiap individu.

Log Masuk Semakan SYUKUR SABAH
Log masuk untuk Semakan kelayakan boleh dibuat melalui laman web rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 dan aplikasi YONO Superapp:
1) Masukkan nombor MyKad untuk membuat semakan di laman web rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat (https://syukur.sabah.gov.my/)

2) Semakan kelayakan juga boleh dibuat melalui aplikasi YONO Superapp ( https://yono.my/ )

Kaedah Penyaluran bantuan SYUKUR Sabah
Berikut adalah tiga kaedah penyaluran bantuan bagi Program SYUKUR oleh Kerajaan Negeri Sabah bagi memastikan bantuan bulanan sampai terus kepada penerima yang layak:
- Kredit Terus ke Akauan Bank
- Pembayaran Tunai ( Sekiranya Tiada Akauan Bank )
- Pengkreditan ke e-Wallet YONO Superapp
Tarikh dan Jumlah Pembayaran
Sumbangan bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan disalurkan secara beransur-ansur dan mengikut fasa yang telah ditetapkan. Berikut merupakan tarikh dan jumlah bayaran bantuan:
Fasa Pengagihan

Jumlah Bayaran
| Fasa | Jumlah Bantuan | Tarikh Bayaran |
|---|---|---|
| Fasa 1 Januari – Mac | Rm 900 | Februari |
| Fasa 2 April – Jun | Rm 900 | April |
| Fasa 3 Julai – September | Rm 900 | Ogos |
| Fasa 4 Oktober – Disember | Rm 900 | Oktober |
Rujukan
- Semakan status, Laman web rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat (https://syukur.sabah.gov.my/)
- Tarikh dan jumlah bayaran ( https://padans.sabah.gov.my/home/faq )
- Pangkalan Data e-Kasih (di bawah ICU JPM) ( https://ekasih.icu.gov.my )
- Sistem rasmi untuk pengkalan data rakyat miskin/miskin tegar yang digunakan sebagai asas kelayakan penerima bantuan.
Penafian
Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah berdasarkan sumber rasmi yang diperoleh daripada laman web kerajaan negeri Sabah, agensi pelaksana program, serta laporan media arus perdana yang dipercayai sehingga tarikh artikel ini diterbitkan.
Segala fakta berkaitan syarat kelayakan, jumlah bantuan, tarikh bayaran, dan kaedah semakan adalah tertakluk kepada perubahan semasa dan pengumuman rasmi daripada pihak Kerajaan Negeri Sabah. Pihak Berita Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang perubahan polisi, kelewatan bayaran, atau maklumat yang dikemas kini selepas artikel ini diterbitkan.