CEK MYKASIH ONLINE TERKINI 2025 : SEMAKAN STATUS TERKINI PENERIMA

CEK MYKASIH ONLINE TERKINI 2025 : SEMAKAN STATUS TERKINI PENERIMA

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah program MyKasih merupakan salah satu inisiatif bantuan bersasar yang diperkenalkan kerajaan bagi meringankan kos sara hidup rakyat khususnya golongan B40. Melalui Belanjawan 2025, kerajaan meneruskan komitmen dalam menyalurkan bantuan barangan asas secara bulanan melalui platform MyKasih yang lebih sistematik dan mudah diakses. Bantuan akan disalurkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad penerima yang layak. Kini, semakan status penerima boleh dilakukan secara online untuk memastikan anda termasuk dalam senarai penerima bantuan tahun ini.

Bagaimanakah cara cek online status terkini MyKasih 2025? Ikuti segala info lengkap yang telah disediakan di bawah.

BACA JUGA: SEMAKAN BAKI KREDIT MYKASIH 2025

SYARAT MYKASIH TERKINI 2025

Setiap pemohon perlu memenuhi beberapa syarat kelayakan bagi memastikan mereka benar-benar layak untuk menerima bantuan. Antara syarat-syaratnya ialah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Pendapatan tidak melebihi RM5000 sebulan.
  • Lulus & Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM)

TARIKH BAYARAN MYKASIH 2025

Bayaran bantuan MyKasih 2025 disalurkan ke dalam MyKad pada tarikh yang berbeza bergantung kepada kategori kelayakan penerima seperti butiran berikut:

  • Penerima B40 (STR & eKasih):
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  • Penerima M40 (STR sahaja):
    • Bermula April hingga Disember 2025

JUMLAH BAYARAN BANTUAN MYKASIH

Penerima bantuan MyKasih akan menerima jumlah bantuan yang berbeza secara tanpa tunai di dalam MyKad mengikut kategori kelayakan mereka. Berikut disertakan jadual tentang kategori penerima dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:

  • PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)
  • PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANGTidak Layak

CARA GUNA BANTUAN MYKASIH

Penerima bantuan boleh mengikut cara-cara berikut untuk membuat pembelian barangan asas di kedai atau pasar raya terpilih dan membuat pembayaran dengan hanya menggunakan MyKad:

  1. Pastikan anda penerima yang sah (melalui STR/eKasih).
  2. Semak nama anda dalam sistem MyKasih.
  3. Kunjungi pasar raya atau kedai rakan MyKasih berdekatan.
  4. Pilih barangan asas yang dibenarkan.
  5. Semasa pembayaran, hanya perlu imbas MyKad dan masukkan PIN 6-digit (jika perlu).
  6. Resit akan dikeluarkan dan amaun ditolak daripada baki bantuan bulanan anda.
  7. Gunakan bantuan sebelum tamat tempoh (sehingga 31 Disember 2025).

CEK ONLINE MYKASIH TERKINI 2025

Bagi penerima yang layak, kerajaan telah menyediakan 2 platform rasmi untuk cek status MyKasih secara online sahaja. Berikut disertakan portal rasmi dan langkah-langkah terperinci untuk membuat semakan:

CEK ONLINE MYKASIH TERKINI 2025

CEK STATUS ONLINE MELALUI PORTAL MYKASIH

  1. Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  2. Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
    • Biasanya terletak di bahagian atas laman.
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Kata laluan (jika diperlukan)
    • Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
  4. Tekan butang ‘Login’
    • Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
      • Semak status kelayakan
      • Semak baki bantuan
      • Semak rekod transaksi
CEK ONLINE MYKASIH TERKINI 2025

CEK STATUS ONLINE MELALUI PORTAL MYSTR

  1. Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan Nombor MyKad
    • Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
    • Tekan “Semak”.
  4. Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  5. Paparan Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
      • Status permohonan STR
      • Kelayakan bantuan
      • Status SARA MyKasih (jika layak)
  6. Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    • Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.

RUJUKAN

Panduan bagi Cek MyKasih Online Terkini 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment