CARA SEMAK STATUS MYKASIH 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA (RM50 & RM100 & RM200)

CARA SEMAK STATUS MYKASIH 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA (RM50 & RM100 & RM200)

Belanjawan 2025 terus memberi fokus kepada kebajikan rakyat melalui pelbagai inisiatif bantuan yang menyasarkan golongan B40 dan miskin tegar. Antara bantuan yang diteruskan ialah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah program MyKasih yang memberikan bantuan bulanan RM50, RM100 dan RM200 secara tanpa tunai (cashless) untuk pembelian barangan asas di lebih 1200 kedai terpilih. Inisiatif ini dilihat mampu meringankan beban perbelanjaan harian isi rumah terutama ketika kos sara hidup yang semakin meningkat.

Bagaimanakah cara semak status MyKasih 2025? Ikuti panduan lengkap yang telah disediakan dalam artikel ini.

BACA JUGA: SEMAK SENARAI BARANGAN DAPUR DAN KEDAI MYKASIH

SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2025

Pemohon perlu memenuhi beberapa syarat untuk memastikan mereka benar-benar layak menerima bantuan MyKasih. Antara syarat-syaratnya ialah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Pendapatan tidak melebihi RM5000 sebulan.
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN MYKASIH

Penerima bantuan MyKasih akan menerima jumlah bantuan yang berbeza secara tanpa tunai di dalam MyKad mereka mengikut kategori kelayakan. Berikut disertakan jadual tentang kategori penerima dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:

  • PENERIMA STR & EKASIH (B40)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)
  • PENERIMA STR SAHAJA (M40)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANGTidak Layak

TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH

Bantuan MyKasih akan dibayar pada tarikh yang berbeza mengikut kategori kelayakan penerima seperti butiran di bawah:

  • Penerima STR & eKasih:
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  • Penerima STR sahaja:
    • Bermula April hingga Disember 2025

CARA GUNA MYKASIH 2025

Penerima bantuan boleh membuat pembelian dengan mengikut langkah-langkah berikut sebagai panduan untuk guna bantuan MyKasih yang telah dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad:

  • Kunjungi kedai/pasar raya berdekatan yang terpilih menyertai Program SARA MyKasih.
  • Pilih barangan asas yang telah diluluskan dari senarai 14 kategori barang bantuan MyKasih 2025.
  • Serahkan MyKad kepada juruwang di kaunter pembayaran untuk semakan status penerima bantuan.
  • Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKAd) jika perlu.
  • Juruwang akan imbas barangan mengikut kategori yang dibenarkan.
  • Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan transaksi.
  • Simpan resit sebagai bukti pembelian & semakan baki bantuan.

CARA SEMAK STATUS MYKASIH 2025

Penerima yang layak boleh membuat semakan status bantuan MyKasih secara online sahaja. Terdapat 2 platform rasmi yang telah disediakan untuk memudahkan akses penerima bantuan menyemak status MyKasih iaitu:

LOGIN STR SEMAK STATUS MYKASIH 2025
  • PORTAL STR
    • Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
    • Klik “Log Masuk MySTR”
      • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
    • Masukkan Nombor MyKad
      • Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
      • Tekan “Semak”.
    • Jawab Soalan Keselamatan
      • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
    • Paparan Maklumat Permohonan
      • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
      • Status permohonan STR
      • Kelayakan bantuan
      • Status SARA MyKasih (jika layak)
        • Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
    • Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
      • Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.
LOGIN MYKASIH CARA SEMAK STATUS MYKASIH 2025
  • PORTAL MYKASIH
    • Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
    • Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
      • Biasanya terletak di bahagian atas laman.
    • Masukkan maklumat diperlukan:
      • Nombor MyKad
      • Kata laluan (jika diperlukan)
      • Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
    • Tekan butang ‘Login’
      • Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
        • Semak status kelayakan
        • Semak baki bantuan
        • Semak rekod transaksi

RUJUKAN

Panduan bagi Cara Semak Status MyKasih 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  1. Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  3. Portal Rasmi eKasih: https://ekasih.icu.gov.my
  4. Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  5. Emel MyKasih: [email protected]
  6. Pengumuman Belanjawan 2025 (Kementerian Kewangan Malaysia) : https://www.treasury.gov.my/index.php/en/budget

Leave a Comment