[RASMI] BAYARAN STR FASA 4 2025 (OKTOBER)

[RASMI] BAYARAN STR FASA 4 2025 (OKTOBER)

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025 telah diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2026. Bantuan ini merupakan fasa terakhir bagi tahun 2025 yang akan memberi manfaat kepada penerima isi rumah, warga emas dan individu bujang yang layak di seluruh Malaysia. Penerima yang layak boleh mula membuat semakan status bayaran STR Fasa 4 2025 secara atas talian.

Perincian bantuan telah disediakan di bawah.

BACA JUGA: STR LOGIN FASA 4 : (2025) SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI

APA SYARAT KELAYAKAN STR 2025?

Bagi menjamin keadilan agihan, setiap kategori penerima STR mempunyai syarat kelayakan yang tersendiri. Ini antara syarat yang ditetapkan:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

Nota Penting: Individu bujang yang masih menuntut sepenuh masa hanya boleh dimasukkan dalam senarai tanggungan isi rumah. Mereka tidak dibenarkan memohon sebagai bujang individu.

BERAPA JUMLAH BAYARAN STR FASA 4?

Dalam Fasa 4 ini, bantuan STR 2025 diteruskan dengan jumlah bayaran antara RM150 hingga RM700. Nilainya bergantung pada kategori penerima. Jadual lengkap kategori penerima dan jumlah bayaran ada di bawah:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
01000500150150200
1-21500500300350350
3-42000500500500500
>52500500650650700
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
0500150100150100
1-2750150200200200
3-41000250250250250
>51250300300300350
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN (PENDAPATAN BULANAN <RM5000)
KELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
600150150150150
  • BUJANG (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
KELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
600150150150150

BAGAIMANA CARA BAYARAN STR FASA 4 DIAGIHKAN?

Setiap penerima STR Fasa 4 2025 akan menerima bayaran sama ada melalui akaun bank yang berdaftar atau secara tunai di mana-mana cawangan BSN terdekat. Rujuk jadual di bawah untuk butiran lanjut:

  • PENERIMA AKAUN BANK
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
  • PENERIMA TIADA AKAUN
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

BILA TARIKH BAYARAN STR FASA 4 2025 DIKREDITKAN?

Mengikut pengumuman terkini YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2026, STR Fasa 4 akan mula disalurkan pada 18 Oktober 2025, sebagai fasa terakhir tahun ini.

BILA TARIKH BAYARAN STR FASA 4 2025 DIKREDITKAN

Berikut disertakan jadual penuh tarikh bayaran STR bagi setiap fasa:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 122-28 JANUARI
FASA 224 MAC
FASA 312 OGOS
FASA 418 OKTOBER

BAYARAN STR FASA 4 2025 SEMAKAN

Semakan status bayaran STR Fasa 4 2025 kini lebih mudah! Anda hanya perlu layari https://bantuantunai.hasil.gov.my, log masuk akaun MySTR dan pilih Semakan Status. Jika perlukan bantuan, hubungi BKK di 1-800-88-2747 (waktu pejabat). Langkah penuh semakan adalah seperti berikut:

  1. Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Tekan pada butang [Log Masuk].
    • Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
  4. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
    • Tekan [Ya] sekiranya betul.
  5. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
    • Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  6. Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
  7. Klik pada butang [Semakan 2025].
    • Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
  8. Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
    • Status Bayaran STR Fasa 4 2025 akan dipaparkan.
LOGIN BAYARAN STR FASA 4 2025

SOALAN LAZIM (FAQ)

Apa maksud STR Fasa 4?

STR Fasa 4 ialah bayaran terakhir Bantuan Tunai STR untuk tahun ini, mengikut kategori penerima.

Bagaimana cara nak kemaskini maklumat STR?

Boleh kemaskini di portal STR atau di cawangan LHDN.

Boleh ke tukar maklumat akaun bank untuk STR?

Ya, dengan kemaskini maklumat di portal STR.

Kalau akaun bank disekat?

Bayaran akan disalurkan tunai di BSN.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Bayaran STR Fasa 4 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Email : [email protected]

Leave a Comment