BAYARAN STR 2025 : (FASA 3) SEMAKAN ONLINE STATUS KELAYAKAN

BAYARAN STR 2025 : (FASA 3) SEMAKAN ONLINE STATUS KELAYAKAN

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Fasa 3 kini dinantikan ramai, khususnya golongan B40 dan M40 yang layak menerima bantuan kewangan daripada kerajaan. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan di bawah Belanjawan 2025 yang menekankan bantuan langsung kepada rakyat dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Pembayaran bagi fasa ini akan melibatkan penerima daripada kategori isi rumah, bujang dan warga emas mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan.

Nak tahu bilakah tarikh bayaran STR 2025? Ikuti segala kupasan info lengkap di dalam artikel ini.

BACA JUGA: CHECK ONLINE JADUAL BANTUAN STR (FASA 3 2025)

SYARAT KELAYAKAN STR 2025

Beberapa syarat mengikut kategori pemohon telah ditetapkan bagi memastikan hanya individu yang benar-benar layak menerima bantuan. Syarat-syarat tersebut termasuk:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

Nota Tambahan: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah & tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

JUMLAH BANTUAN STR

Jumlah bantuan yang diterima bergantung kepada kategori kelayakan pemohon. Berikut adalah jadual menunjukkan kategori penerima dan jumlah bantuan yang ditetapkan:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
TANGGUNGANJUMLAH BANTUAN
TIADA ANAKRM1000
1-2 ANAKRM1500
3-4 ANAKRM2000
5 ANAK KE ATASRM2500
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
TANGGUNGANJUMLAH BANTUAN
TIADA ANAKRM500
1-2 ANAKRM750
3-4 ANAKRM1000
5 ANAK KE ATASRM1250
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN
PENDAPATAN BULANANJUMLAH BANTUAN
<RM5000RM600
  • BUJANG
PENDAPATAN BULANANJUMLAH BANTUAN
<RM2500RM600

CARA BAYARAN BANTUAN STR

Untuk memudahkan penerima, bantuan disalurkan menerusi dua cara berbeza bergantung kepada jenis penerima. Rujuk butiran di bawah:

  • PENERIMA AKAUN BANK
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
  • PENERIMA TIADA AKAUN
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

SEMAKAN STR 2025 FASA 3

Semakan status bantuan bagi Fasa 3 boleh dibuat secara online. Di bawah ini disediakan langkah terperinci untuk membuat semakan melalui portal rasmi kerajaan yang berkaitan:

LOGIN SEMAKAN STR 2025 FASA 3

SEMAKAN ONLINE MELALUI PORTAL MYSTR

  1. Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my

  2. Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.

  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.

  4. Tekan pada butang [Log Masuk].

    Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].

  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.

    Tekan [Ya] sekiranya betul.

  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.

    Bahagian profil anda akan dipaparkan.

  7. Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].

  8. Klik pada butang [Semakan 2025].

    Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.

  9. Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].

  10. Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.

TARIKH BAYARAN STR 2025

STR dibayar dalam 4 fasa. Ramai menunggu bayaran Fasa 3 diumumkan. Jadual di bawah menunjukkan setiap fasa bantuan dan tarikh bayaran:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 122-28 JANUARI
FASA 224 MAC
FASA 3OGOS
FASA 4NOVEMBER

Penafian: Segala maklumat berkaitan tarikh bayaran akan disemak semula selepas kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kerajaan. Sebagai panduan, tahun 2024 menyaksikan pembayaran Fasa 3 pada penghujung Ogos hingga awal September – Rujukan rasmi: bantuantunai.hasil (FAQ).

RUJUKAN

Panduan bagi Bayaran STR 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  1. Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  3. Email : [email protected]

Leave a Comment