BAYARAN BANTUAN STR 2025 : (FASA 3) SEMAKAN ONLINE STATUS KELAYAKAN
Bayaran Bantuan STR 2025 Fasa 3 kini menjadi tumpuan ramai penerima bantuan daripada kerajaan. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan salah satu bantuan utama dalam menjaga kebajikan rakyat, khususnya golongan B40 dan M40. Bayaran bagi Fasa 3 tahun 2025 melibatkan jumlah penerima yang ramai, dengan fokus terhadap mereka yang benar-benar memerlukan bantuan dalam mendepani tekanan kos sara hidup yang kian meningkat. Selaras dengan agenda Belanjawan 2025, kerajaan terus komited dalam memastikan tiada rakyat yang tercicir daripada bantuan asas.
Nak tahu bila tarikh bayaran bantuan STR 2025 Fasa 3? Ikuti segala info lanjut yang telah disediakan dalam artikel ini.
BACA JUGA: CHECK CARA LOGIN STR 2025 ONLINE
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR 2025
Untuk memastikan bantuan disalurkan kepada yang memerlukan, terdapat beberapa syarat kelayakan mengikut kategori pemohon yang perlu dipenuhi. Antaranya ialah:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Nota Tambahan: Individu bujang yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah & tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR
Penerima bantuan STR 2025 akan menerima jumlah yang berbeza mengikut kategori kelayakan semasa membuat permohonan. Jadual di bawah menunjukkan kategori penerima yang layak dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| TANGGUNGAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| TIADA ANAK | RM1000 |
| 1-2 ANAK | RM1500 |
| 3-4 ANAK | RM2000 |
| 5 ANAK KE ATAS | RM2500 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| TANGGUNGAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| TIADA ANAK | RM500 |
| 1-2 ANAK | RM750 |
| 3-4 ANAK | RM1000 |
| 5 ANAK KE ATAS | RM1250 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN
| PENDAPATAN BULANAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| <RM5000 | RM600 |
- BUJANG
| PENDAPATAN BULANAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| <RM2500 | RM600 |
CARA BAYARAN BANTUAN STR
Bantuan ini akan disalurkan melalui 2 cara yang mudah bagi melancarkan proses pembayaran bergantung kepada jenis penerima seperti butiran berikut:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
SEMAKAN STATUS BANTUAN STR FASA 3
Semakan bagi status bantuan STR boleh dibuat melalui atas talian. Berikut disertakan panduan lebih terperinci untuk membuat semakan melalui portal rasmi yang disediakan oleh kerajaan:

SEMAKAN MELALUI PORTAL RASMI STR
- Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Tekan pada butang [Log Masuk].
Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
Tekan [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pada butang [Semakan 2025].
Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
- Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
TARIKH BAYARAN BANTUAN STR 2025
Setiap tahun, bantuan STR diagih secara berperingkat. Tahun 2025 menyaksikan 4 fasa bayaran, dan kini tumpuan diberikan kepada pengumuman Fasa 3. Berikut ialah jadual lengkap bagi setiap fasa bantuan dan tarikh bayaran:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | 22-28 JANUARI |
| FASA 2 | 24 MAC |
| FASA 3 | OGOS |
| FASA 4 | NOVEMBER |
Penafian: Tarikh bayaran akan dikemas kini sebaik sahaja diumumkan secara rasmi oleh pihak kerajaan. Untuk rujukan, pembayaran Fasa 3 pada tahun 2024 dibuat sekitar akhir Ogos hingga awal September – Sumber: bantuantunai.hasil (FAQ).
RUJUKAN
Panduan bagi Bayaran Bantuan STR 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email: [email protected]