BANTUAN SARA HIDUP MYKASIH 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN
Bantuan Sara Hidup MyKasih 2025 adalah inisiatif penting bagi mengurangkan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah. Inisiatif ini diberikan secara bulanan tanpa tunai untuk membuat pembelian barangan keperluan asas.
Pastikan maklumat MyKad anda sentiasa dikemaskini. Semak panduan penuh dibawah untuk maklumat terkini bantuan.
BACA JUGA: SARA MYKASIH BARANG APA : SEMAKAN SENARAI BARANGAN ASAS TERKINI
PENGENALAN SARA MYKASIH 2025
Kerajaan Malaysia memperluas Bantuan Sara HIDUP MyKasih melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 untuk membantu lebih 5.4 juta penerima, termasuk isi rumah, warga emas dan golongan bujang. Bantuan ini dikreditkan bulanan ke dalam MyKad dan digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai terpilih.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH
Untuk menerima bantuan SARA MyKasih, penerima perlu memenuhi syarat kelayakan yang di tetapkan seperti berikut:
KELAYAKAN UMUM BANTUAN
- Warganegara Malaysia
- Lulus [Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025]
- Kategori:
- Isi Rumah
- Warga Emas (tiada pasangan)
- Bujang
 
KELAYAKAN KHAS BANTUAN
- Miskin/Miskin Tegar (eKasih) – Penerima sedia ada.
- Bukan eKasih – penerima baharu STR (khusus: isi rumah & warga emas).
JUMLAH BANTUAN SARA HIDUP MYKASIH
Jumlah bantuan yang diberikan terbahagi kepada dua (2) kategori penerima berikut:
PENERIMA STR DAN EKASIH
| KATEGORI | Jan – Mac 2025 | Apr – Dis 2025 | 
|---|---|---|
| ISI RUMAH | RM100/bln | RM200/bln | 
| WARGA EMAS | RM100/bln | RM150/bln | 
| BUJANG | RM50/bln | RM50/bln | 
Jumlah keseluruhan: RM2,100 (Isi rumah), RM1,650 (Warga Emas), RM600 (Bujang)
PENERIMA BUKAN EKASIH
| KATEGORI | Apr – Dis 2025 | 
|---|---|
| ISI RUMAH | RM100/bln | 
| WARGA EMAS | RM50/bln | 
| BUJANG | Tidak Layak | 
MANFAAT BANTUAN SARA MYKASIH 2025
Penerima yang menerima sumbangan ini boleh membelanjakan kredit yang diberikan dalam MyKad untuk membuat pembelian dari 14 kategori barangan asa di lebih 3500 pasar raya dan kedai runcit yang berdaftar. Antara barangan yang boleh dibeli adalah:
- Beras
- Minyak masak
- Tepung
- Mi segera
- Biskut
- Susu
- Minuman
- Produk kebersihan
- Ubat-ubatan asas seperti Panadol dan Dettol.
CARA SEMAK STATUS SARA MYKASIH
Penerima boleh membuat semakan melalui dua kaedah semakan. Ia itu:
SEMAKAN MELALUI PORTAL MYKASIH
- Layari laman rasmi : https://mykasih.com.my/
- Klik “Semak Status”
- Masukkan 12 digit MyKad tanpa sengkang (-)
- Tekan captcha
- Dan tekan “Semak Status”
SEMAKAN MELALUI PORTAL MYSTR (HASiL)
- Layari laman rasmi MySTR : bantuantunai.hasil.gov.my
- Log Masuk semak STR
- Masukkan 12 disgit MyKad tanpa sengkang (-)
- Klik “Semakan Permohonan”
- Dan klik “Maklumat Bayaran”
TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH
- Miskin & Tegar eKasih: Bermula Januari 2025 (bulan 1–3)
- Bukan eKasih: Bermula April 2025
RUJUKAN
Panduan bagi Bantuan SARA Hidup MyKasih 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my/
- Talian Bantuan: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel Rasmi MyKasih: [email protected]
